Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad..16/8/2009 yang lalu di auditorium UNITEN Muadzam Shah.
Majlis penutupan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shafei Apdal…Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan LuarBandar/Wilayah Malaysia..
Dalam ucapannya beliau mengingatkan tentang budaya mengenang jasa yang semakin terhakis dikalangan masyarakat.Beliau melahirkan kebimbangannya apabila budaya mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang semakin terhakis.Ada golongan masyarakat semakin terpengaruh dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang lupa daratan dan asal usul demi mengejar kuasa dan kedudukan…
Terdahulu dalam ucapan aluan,TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis,Ketua UMNO Bahagian Rompin menyatakan hasrat dan memohon kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar/Wilayah agar diujudkan semula Lembaga Kemajuan Tanah sebagaimana DARA dahulu sebelum dibubarkan..Ini adalah bagi merancakkan pertumbuhan dan peluang ekonomi yang lebih baik untuk penduduk di Rompin khususnya.
Bagi pihak warga UMNO ROMPIN saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang sudi ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin..Sudah pasti banyak yang boleh dilakukan bagi membawa pembangunan di kawasan luarbandar seperti Rompin ini..
UMNO PEMBELA WARGA SEJAHTERA…
No comments:
Post a Comment