Setiap kali melalui kawasan perumahan petugas/kakitangan kilang sawit felda(FPISB) terasa lega bila melihat perkembangan pembinaan perumahan bagi warga tersebut...Ada yang telah siap diduduki..ada yang masih dalam pembinaan...
Kalau dahulunya ianya hanya deretan rumah berek usang yang tentunya tidak mendatangkan keselesaan kepada para pekerja dan petugas...kini dengan rumah berkembar yang telah siap dibina tentulah memberikan seribu pengertian kepada para petugas yang rata-ratanya terdiri daripada generasi kedua Felda..Ternyata dakwaan yang Felda hanya mementingkan keuntungan korporat semata-mata adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali....
Terimakasih juga kepada pemimpin setempat yang juga memainkan peranan dengan terus berusaha berbincang dengan pengurusan FPISB di Kuala Lumpur agarperumahan kilang sawit FELDA ini dinaiktaraf kerana ianya memang telah usang dan perlu dibina semula...
Rata-rata pekerja/petugas yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan pembinaan perumahan tersebut dan ini sudah tentu memberikan semangat kepada mereka untuk berkerja dengan lebih tekun lagi...
Apa yang boleh dibuat perbandingan di sini adalah perumahan Warga Kilang Sawit Felda ini adalah jauh lebih selesa,menarik dan sesuai jika dibandingkan dengan Perumahan Warga FELDA(pwf)yang telah siap dibangunkan itu...Sepatutnya dari segi rekabentuk dan keluasan lot tanah semestinya menyamai keluasan perumahan Warga FPISB ini..Entah di mana silapnya...
KOMITMEN DIPINTA...KEBAJIKAN DIJAGA..
Salam bro, kadang-kadang kena fikir juga, ini rumah pekerja dan bukan untuk dimiliki..... ianya akan sentiasa bertukar penghuni......
ReplyDeleteyang untuk dimiliki sepatutnya lebih selesa dan sempurna...
ReplyDelete