Majlis penyerahan Daftar Pemilih dan Pelancaran Gerak Kerja Jalinan Rakyat peringkat Parlimen Rompin telah diadakan di Dewan Orang Ramai BTAR ..Seramai 308 pengerak/petugas Jalinan Rakyattelah menghadiri program ini iaitu 240 orang dari DUN Ibam,55 dari DUN Muadzam Shah dan 13 dari DUN Tioman..
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Ibam merangkap Ketua Penerangan UMNO Pahang,YH Dato'Rosni Zahari,Ketua Wanita Pahang,YH.Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin dan Datin HajjahShamsiah dan Ketua Puteri...
Antara tujuan program Jalinan Rakyat ini dilancarkan adalah untuk mendekati pengundi bagi mengenalpasti status mereka,mendengar daripada mulut pengundi tentang pandangan mereka terhadap parti.Rumusan tentang perkara tersebut nanti bakal digunakan untuk mengadakan tindakan susulan berupa ceramah,program dan aktiviti agar para pengundi tersebut benar-benar faham akan kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dan yang paling penting mengundi calon Barisan Nasional yang bertanding dalam pilihanraya akan datang..
Petugas juga diingatkan agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komited,jujur dan ikhlas agar apa yang dilakukan nanti bakal membuahkan hasil yang cemerlang.
Dalam majlis itu juga disampaikan bantuan oleh KERAJAAN NEGERI PAHANG kepada keluarga yang telah kehilangan 4 anak yang telah mati lemas dalam tragedi yang menyayat hati baru-baru ini.Penyerahan sumbangan berupa cek bernilai RM20.000 ini benar-benar menunjukkan bahawa kerajaan Pahang amat prihatin dan mengambil berat akan kebajikan rakyatnya.
tq bro..gmbr ttg cek tu bg saya copy original utk tindakan fail ..tq
ReplyDelete