KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berkenan untuk menziarahi keluarga tragedi lemas yang mengorbankan 4 bersaudara di Kota Shahbandar(Bandar 15) petang ini..Baginda yang tiba dengan menaiki helikopter dan diiringi oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz telah mendarat di padang bola RPS Bukit Serok.Kemudian baginda menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Kota Shahbandar..
Satu majlis tahlil arwah yang dipimpin oleh Tuan Kadi Muadzam Shah telah diadakan.Baginda telah menunjukkan sikap Raja Berjiwa Rakyat apabila turut sama merasakan kesedihan akibat tragedi yang menimpa keluarga ini..Baginda melahirkan harapan agar keluarga arwah bersabar dengan dugaan Allah ini.Baginda meminta rakyat di kawasan tersebut supaya mengadakan solat hajat,bacaan yaasin dah tahlil untuk disedekahkan kepada arwah-arwah tersebut.Bagi pihak baginda,baginda juga bertitah akan mengadakan solat hajat dan tahlil di istana baginda.
Baginda juga bertitah,memberikan peringatan dan nasihat kepada ibubapa agar sentiasa memantau kegiatan anak-anak terutama pada musim tengkujuh dan cuti sekolah yang panjang ini.
Sebelum berangkat pulang,baginda sempat meluangkan masa bertemu rakyat dan beramah mesra dengan masyarakat orang asli di RPS Bukit Serok.Ternyata sifat mengambil berat akan rakyat jelata amat disenangi oleh semua masyarakat orang asli di situ..
ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA..
Tahniah kerana tuan berada disebelah TM.TM pun asyik tanya dan bercakap dengan tuan aje.
ReplyDeletetahniah juga pada DIARY PKGMEN kerana tajam lidah dan penglihatan....saya sekadar membuat liputan untuk tatapan.....
ReplyDelete