Kejadian yang merupakan tragedi yang menyayat hati ini telah berlaku di kawasan ladang persendirian berhampiran dengan jambatan batu Kota Bahagia....
Mangsa yang terkorban adalah Muhamad Syukri-15,Syafiqah-15,Muhamad Syafiq-11 dan Nursyakirah-7.Kesemua mangsa adalah anak kepada En.Shamsuri bin Maulana yang tinggal di Kota Shah Bandar(Bandar 15).
Kesemua mangsa dipercayai bersama keluarga telah pergi ke tempat kejadian untuk memancing ikan di situ.Mangsa dipercayai lemas akibat termasuk kedalam parit yang telah di gali dikawasan tersebut iaitu di antara pokok sawit yang ditanan diladang itu.Kesemua mangsa juga dipercayai tidak tahu berenang.
Operasi mencari telah disertai oleh pihak Polis,Bomba dan Penyelamat,dan bantuan orang-orang kampung yang telah pergi ke tempat kejadian.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.
YB.Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz telah turut sama berada di Hospital bagi memastikan segala urusan dapat dijalankan dengan lancar..Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.AL-FATIHAH....
BERAT MATA MEMANDANG......
takziah & Al-Fatihah buat kuarge mangsa
ReplyDeleteSeeloknya disertakan no. akaun bank bapa mangsa, munkin ada yg sudi menderma.....
ReplyDelete