SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...
Showing posts with label CATATAN DARIKU... Show all posts
Showing posts with label CATATAN DARIKU... Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

BUKTI RAKYAT DIUTAMAKAN...BAGI MEREKA YANG LAYAK...




Pendaftaran untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari 10 Dis hingga 10 Jan. BR1M = RM500 untuk isi rumah pendapatan RM3000 dan kebawah. Borang BR1M akan diedarkan mulai 10 Dis melalui Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung, Pej LHDN, Pej Wakil Rakyat, website MoF.


Borang lengkap BR1M boleh diserah melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah2 terpilih sebelum 10 Januari.Pembayaran BR1M akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).


Bagi permohon yang tiada 'pay slip' contoh kerja sendiri/kerja kampung, boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung.


#BR1M dianggarkan memberi bantuan kepada 5.2 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM 2.6 bilion keseluruhannya. Belanjawan Kerajaan BN.


#BR1M Siapa layak? Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yg tinggal bersama yg sudah kahwin, anak itu pun layak.#BR1M: Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.


ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA....ORANG MEMBERI KITA MERASA....

Friday, November 6, 2009

MASIH JUGA MENDIRIKAN BANGUNAN....BUKAN PEMBANGUNAN...



Kali ini aku ingin mengetengahkan soal pembangunan prasarana yang pada pendapat dan pemerhatianku agak tidak menepati kehendak rakyat...Infrastruktur yang dibina dan menggunakan wang kerajaan hasil cukai yang dibayar gagal memberi kepuasan kepada rakyat.
TERBAHARU....Pembinaan gerai di Jalan Keratong -Muadzam Shah berhampiran Perantau Damai..Gerai yang dibina bagi memindahkan peniaga=peniaga yang berniaga di sekitar laluan Lebuhraya Tun Razak itu dilihat amat tidak bersesuaian dari segi rekabentuknya..

Rekabentuk yang begitu ringkas ini kelihatan seperti kandang haiwan sarkis...mengundang rasa tidak puashati bukan sahaja kepada penyewa malah kebanyakan orang ramai yang ditemui..Sepatutnya biarlah bangunan itu lebih sesuai dari segi rekabentuk dan bersesuaian dengan jenis perniagaan yang ingin dijalankan oleh peniaga.Aspek keselamatan barangan yang ingin dijual juga perlu diambilkira.Dengan keadaan seperti ini dibimbangi barangan peniaga akan mudah untuk dicuri terutamanya pada waktu malam...

Pihak yang berkenaan sewajarnya memikir dengan lebih mendalam kesesuaian rekabentuk sebelum sesuatu spesipikasi prasarana itu diluluskan pembinaannya.Adalah amat malah jika sekali lagi kita terpaksa melihat GAJAH PUTIH berada di kawasan kita,Jangan dibazirkan wang membina bangunan yang manfaatnya tidak dapat dirasai secara maksima oleh rakyat..
BUKAN SEKADAR PROJEK......

Saturday, October 31, 2009

PERUMAHAN WARGA FELDA...ANTARA SUKA DAN DUKA....


Hari ini telah berlangsung majlis penyerahan kunci bagi pembeli rumah di Desa Keratong Indah di Gugusan Keratong..Majlis penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YB Dato'Ahmad Maslan..Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal FELDA..Turut hadir dalam majlis ini adalah TYT Dato'Seri JJ,YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz serta pegawai-pegawai kanan agensi berkaitan.
Segala penantian selama ini telah menjadi kenyataan..impian untuk memiliki rumah sendiri telah menjadi realiti...
Itulah berkat perjuangan generasi kedua ini yang secara berterusan menyuarakan hasrat mereka supaya dibangunkan kawasan perumahan telah didengari oleh pihak kerajaan khususnya FELDA...Terima kasih dari kami....
NAMUN...disebalik terbinanya PWF ini...ada lagi golongan generasi kedua yang hanya melihat dari kejauhan pembangunan ini tanpa dapat merasainya...Mereka ini adalah golongan yang tidak mampu membayar melalui bank...pinjaman tidak diluluskan atas alasan-alasan yang tertentu...Mereka ini sebenarnya golongan yang seharusnya mendapat kemudahan PWF ini kerana rata-rataya adalah generasi kedua yang tinggal di rancangan manakala pembeli yang mampu membeli ini adalah yang bukan golongan sasar...Ada yang membeli hanya kerana mampu dan menjadikannya sebagai asset sahaja...Ada juga pembeli yang tinggal di luar kawasan..
Untuk golongan yang tidak mampu membeli PWF ini satu alternatif harus di usahakan bagi memastikan nasib mereka juga turut terbela...MAKLUMAT LANJUT tentang program bagi membantu golongan ini telah pun saya paparkan dalam post saya yang terdahulu..

Kesan daripada terbinanya PWF secara berpusat ini adalah penghijrahan pembeli rumah ini ke kawasan perumahan...berlaku perpindahan pelajar,kekurangan pelapis di blok-blok rancangan,memalapkan ekonomi tempat tinggal asal...dan banyak lagi...Apa yang pasti berlaku ledakan peningkatan ekonomi di kawasan berhampiran PWF tersebut dengan perpindahan beratus pemilik rumah baru ini...
Itulah yang dikatakan dalam kegembiraan masih ramai lagi golongan sasar yang terus merintih dan mereka ini perlukan pembelaan segara agar tidak terus terpinggir hanya kerana mereka tidak mampu dari segi peraturan pembelian rumah oleh bank dan FELDA PROPERTIES..
FELDA...JASA DAN BAKTIMU DISANJUNG..

Thursday, October 29, 2009

FELDA...GEDUNG MAKANAN NEGARA...SATU TRANSFORMASI

Beberapa bulan selepas sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan..dan pengumuman Perdana Menteri untuk merealisasikan impian untuk menjadikan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara sudah pun mula menunjukkan kejayaannya...

Rata-rata kawasan skim FELDA telah mula menyahut seruan tersebut dan ada yang telah mula menuai hasilnya...

Secara permulaannya ..satu tapak semaian disediakan di kawasan yang bersesuaian..Tanah-tanah telah dimasukkan ke dalam polibeg..setelah benih yang disemai mula membesar..ia telahpun dipindahkan ke dalam polibeg tersebut..Penjagaan rapi perlu dijalankan bagi memastikan anak-anak benih tersebut membesar dengan sempurna dan bebas daripada serangan penyakit..

Apabila anak pokok mula membesar maka ianya telah diagih-agihkan kepada para peneroka dengan kadar 20 polibeg setiap peneroka..Kalau dikira ada 500 rumah maka 10,000 benih perlu disediakan..Sekiranya segala aspek penjagaan seperti meracun dan membaja pada skala yang betul maka sudah pasti hasil yang bakal dikeluarkan begitu lumayan..

Justeru, pihak pengurusan rancangan dan ketua-ketua masyarakat seharusnya dapat membuat pemantauan agar program ini mencapai objektifnya...Agensi-agensi yang berkaitan harus dilibatkan bagi memberikan khidmat nasihat kepada program ini..

Satu perkara yang penting adalah soal pemasaran..Keluhan yang biasa didengari adalah apabila pokok yang ditanam mula membuahkan hasil maka soal harga beli yang rendah berbanding dengan harga pasaran..Ini sedikit sebanyak merencatkan objektif iaitu menambahkan pendapatan peneroka...

BERBUDI PADA TANAH BANYAK MANFAATNYA...

Thursday, October 1, 2009

TERASA SEJUK JE KEBELAKANGAN INI.........

Jangan tersilap tafsir atas tajuk yang saya pilih kali ini...Bukan SEJUK cuaca sebab hari nak hujan...bukan juga sudah hilang kehangatan suasana hari raya...TAPI sejuk yang aku maksudkan adalah kurangnya program parti sejak akhir-akhir ini...bermula dengan ketibaan Ramadhan lagi kuperhatikan agak kurang aktiviti yang dijalankan berbanding dengan tahun-tahun yang lalu...tiada lagi program berbuka puasa yang diatur...tiada lagi program bubur lambuk...Entahlah...Aku amat merindui suasana seperti ini,itupun kalau ada kelapangan masa,,,

Seharusnya comitee perlu bertindak dan berfikir dengan lebih proaktif...Dalam kesibukan para pemimpin dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dan penting sepatutnya sebagai comitee perlu ke depan dan dapat bergerak sendiri tanpa perlu menanti kelapangan masa para pemimpin...Yang penting apa yang bakal dilaksanakan itu perlu dilaporkan terlebih dahulu dan mendapat restu...

Fenomena ini bukan saja melibatkan program-program seperti yang dinyatakan tadi...tapi mencakupi semua aspek...kemasyarakatan dan politik..Para pemimpin tak kira yang senior atau junior sewajarnya dapat memikirkan dan menyiapkan diri sebaik-baik sahaja dpilih atau dilantik sebagai comitee..

Sudah sampai masa dan ketika mereka ini menunjukkan kebolehan dalam melaksanakan tugas secara mandiri dan tidak hanya bergerak apabila ada pemimpin...Faktor inilah yang menyebabkan parti kelihatan layu dan suram kerana pihak yang sepatutnya cergas dalam tugas hanya bertindak sebagai pengikut sama seperti ahli biasa yang lain..

Belum lagi ditanyakan berapa banyak borang keahlian yang berjaya diisikan....berapa banyak pengundi muda/baru yang berjaya didaftarkan...

Ayuh kita bangkit daripada ruang selesa ini dan bergerak bersama demi memenangi hati masyarakat...Rasanya sudah tidak mampu melihat kesuraman kita dalam mendekati pengundi dan masyarakat.Biarlah masyarakat merasai akan kewujudan kita...Jangan sampai bila dah terantuk nanti baru terngadah...buruk padahnya...

Artikel ini tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak...hanya lahir dari pemerhatian dan pemantauan penulis semata-mata..ATAS SEMANGAT SAYANGKAN PARTI SEBAGAI WADAH PERJUANGAN.

Wednesday, September 23, 2009

BLOK 20 KERATONG 2 MENCATAT SEJARAH....

Budaya baraa'an...atau menziarahi rumah secara berkumpulan memang sudah menjadi tradisi di kebanyakan tempat/kampung apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri..Seluruh warga kampung akan bersama-sama bermarhaban dan berselawat...Inilah masanya seluruh warga,kecil besar tua muda dapat bermesra dan bermaaf-maafan setelah sekian lama tidak berjumpa..

Bagi warga Blok 20 FELDA Keratong 2...pada tahun ini kaedah baraa'an ini telah di ubah kepada mengadakan rumah terbuka...iaitu sebaik sahaja selesai sembahyang sunat Aidil Fitri.Pada petang sebelum menjelang raya...warga telah bergotong royong memasang khemah dan canopy...di atas jalan berhampiran dengan setor penyimpan barang...ini memudahkan lagi keadaan..Pada masa yang sama tempahan lemang telah dibuat sebagai menu utama ....

Selesai sahaja bersembahyang maka berduyun-duyun warga Blok 20....anak,menantu...cucu,citit ke khemah yang telah dipasang...Masing-masing membawa hidangan dari rumah masing-masing...ketupat,rendang,lodeh,nasi dagang...kuih-muih...

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Blok yang juga merupakan Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Bakri bin Maksom..Bacaan doa selamat pula telah dipimpin oleh Tuan Haji Mahfudz...Kemudian jamuanpun dimulakan..Masing-masing makan sambil berbual mesra..Sessi bergambar kenangan juga turut diadakan..

Sesungguhnya,ini adalah merupakan blok contoh yang kali pertama mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama..Akhirnya sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya telah di adakan....

Pada masa hadapan pula dirancang untuk diadakan majlis tahlil dan kenduri blok perdana...Perancangan akan disusun agar majlis yang akan diadakan nanti lebih baik dan tersusun..

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BARAKAH...


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....


SELAMAT HARI LEBARAN..SEMOGA HARI RAYA DIRAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN..MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA ANDAI ADA TERKASAR BAHASA,TERLANJUR PERBUATAN SAMADA YANG DISEDARI ATAU PUN TIDAK..

GEMBIRA KITA,GEMBIRAKAH MEREKA...

Friday, September 18, 2009

BALIK KAMPUNG....LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN...




Musim raya tiba lagi..Yang pastinya budaya balik ke kampung tetap menjadi sebahagian cara hidup kita.Pulang ke kampung menziarahi,bertemu keluarga yang telah lama tidak berjumpa..Dalam keterujaan pulang kekampung,faktor ke selamatan jangan di ambil mudah.
Rumah yang kita tinggalkan hendaklah dipastikan selamat.Tutup segala suis peralatan elektrik bagi mengelakkan litar pintas..Pastikan juga segala tingkap,pintu berkunci..Sekiranya kita melanggan akhbar,roti dan susu segar hendaklah dipastikan penghantarannya di hentikan buat sementara waktu..Dibimbangi akhbar dan lain2 barang yang tergantung di pintu pagar bakal menarik perhatian penjenayah untuk melakukan jenayah pecah rumah semasa ketiadaan kita beraya di kampung.
Maklumkan kepulangan kita ke kampung pada pihak berwajib seperti pihak polis.Tinggalkan alamat lengkap kita kepada pihak polis supaya pihak polis dapat membuat rondaan berkala bagi memastikan tiada unsur-unsur kejadian kenayah dapat dilakukan oleh penjenayah..
Selain itu,rondaan oleh anggota RELA,Rukun Tetangga,dan Skim Kawalan Sukarela(SRS) boleh dijalankan bagi mengawasi pergerakan orang-orang yang mencurigakan,Masyarakat juga boleh memaklumkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak-pihak yang mencurigakan berkeliaran di kawasan mereka melalui RAKAN COP..Yang lebih penting kita semestinya mempunyai nombor telefon Balai Polis yang berhampiran dengan kediaman kita supaya mudah untuk kita hubungi di waktu kecemasan..
Atas nama semangat kejiranan pula,kita hendaklah memaklumkan kepulangan kita ke kampung itu kepada jiran tetangga dan meminta mereka supaya sama-sama melihat dan mengawasi rumah semasa ketiadaan kita..
Kesimpulannya,kita hendaklah sama-sama berusaha memastikan harta benda yang kita tinggalkan semasa pulang kekampung berada dalam keadaan selamat dan bebas dari unsur-unsur jenayah..Semoga kita dapat beraya dalam keadaan tenang dan gembira...
CEGAHLAH JENAYAH,TINGKATKAN PENCEGAHAN...

Sunday, September 13, 2009

RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN,BUKAN SEKADAR MENDIRIKAN BANGUNAN...

Entah buat kali yang keberapa aku pun dah lupa..berita tentang pembangunan yang tidak menepati kehendak sebenar rakyat..malah kadang-kadang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat langsung..Hanya menjadi GAJAH PUTIH yang menyakitkan mata...
Perbelanjaan yang dikeluarkan bukannya sedikit.....dan wang ini adalahy wang kerajaan hasil dari pembayar cukai..Jadi apabila setiap hari dan setiap kali melintasi projek gajah putih ini hati menjadi sakit atas kegagalan pihak yang berwajib membuat perancangan teliti dan holistik sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.
Salah satu projek Gajah Putih yang ada di sekitar kawasan aku ini adalah Pusat Ekonomi RPS Bukit Serok ...Bukan tak pernah di bincangkan...PERNAH KELUAR salam BULETIN UTAMA...dan bukan tak pernah dilawati oleh seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan..Tapi aku hairan kerana selepas itu seakan tiada tindak ikut oleh pentadbir di peringkat daerah..
Daalam tinjauan mutakhir yang dibuat didapati bangunan tersebut bertambah usang...dijadikan oleh golongan yang tidak bermoral sebagai tempat melepak..meminum minuman keras...kaca-kaca botol minuman keras bersepah-sepah disana-sini..SAKIT MATA memandang,,,
Adalah diharapkan akan ada tindakan untuk memperbaiki keadaan ini dalam masa terdekat kerana kawasan ini adalah kawasan yang berpotensi..
sebenarnya adalagi projek-projek yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan yang dirasakan tidak menepati kehendak samada dari segi rekabentuk mahupun lokasi...Dibimbangkan dalam kita membina infrastuktur untuk rakyat dalam keadaan yang tidak memenuhi aspirasi rakyat akan membawa nama yang tidak elok kepada kerajaan secara keseluruhannya..
GAJAH PUTIH..SAKIT DIMATA SAKIT DIHATI......

Monday, September 7, 2009

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK BANGSAKU..KIBARKAN BENDERA KEGEMILANGAN...

HARI INI...8,9,dan 10 September 2009 adalah bagai peperangan bagi pelajar UPSR setelah bertahun menimba ilmu dari guru-guru..Sebagai warga pendidik tentulah harapan mengunung diletakkan di bahu murid setelah segala ilmu,kaedah dan teknik di sampaikan dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab mendidik anak bangsa..

Sudah pastinya anak-anak murid sudah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi penilaian ini..Segala program yang disusun dahulu,,motivasi,kem subjek,mentor mentee,latih tubi ,kelas bimbingan intensif,bacaan yaasin dan solat hajat...diharap dapat menjadi bekalan yang cukup berguna..

Sebelum berangkat pergi ke sekolah mintalah restu ibubapa...ciumlah tangan mereka..minta didoakan agar ditenangkan hati dalam menjawab soalan yang dikemukakan..Ibubapa/penjaga bolehkah terus bersembahyang hajat,membaca yassin sebagai bantuan spritual kepada anak-anak mereka yang terlibat..
Para pemimpin masyarakat/ahli poltik/YB ADUN yang berkesempatan seharusnya boleh meluangkan masa melihat sendiri anak-anak ini,memberikan ucapan perangsang dan semangat kepada mereka.

Kepada anak-anak murid...ingatlah bahawa di tangan anda ada bendera yang harus anda kibarkan...bendera kejayaan,kecemerlangan dan kegemilangan..Tiada apa yang membanggakan kami warga pendidik selain kejayaan anak-anak didik dalam penilaian ini nanti ..Insyaallah..
Jawablah dengan penuh ketenangan,gunakan setiap masa yang ada ..dan jangan cepat berpuashati dengan apa yang telah dijawab...Buatlah semakan supaya tidak berlaku kecuaian dalam menjawab...

KEJAYAAN BUKAN SATU WARISAN,KEGAGALAN BUKAN SATU TRADISI..

Wednesday, September 2, 2009

ZIARAH RAMADHAN…..PENDEKATAN PALING EFEKTIF……


Ramadhan datang lagi…Sudah hampir dua miggu umat Islam menunaikan ibadah ini…Semakin banyak program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di sana sini…

Maka datanglah warga susah/miskin ke majlis yang tersebut…Datang pulak tentunya awal…sedangkan selalunya majlis seumpama ini memang lewat daripada jadualnya..

Penerima yang sudahlah uzur/OKU..warga emas yang tersenarai ini pula tentulah akan berpakaian yang paling cantik yang mereka ada…walaupun hakikatnya itu bukanlah keadaan sebenar kehidupan seharian mereka…

JUSTERU…PENDEKATAN BARU HARUS DI LAKUKAN BAGI MENGURANGKAN MENGADAKAN MAJLIS BESAR BAGI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN…

Program ziarah selepas sembahyang tarawikh adalah dirasakan paling berkesan dan sesuai..Penganjur bolehlah mendapatkan maklumat penerima melalui Ketua Kampung/Tok 4..Penerima jangan di beritahu dan lawatan ini bolehlah dikatakan sebagai lawatan mengejut..

Dari sini barulah kita akan menemui keadaan sebenar penerima sumbangan..Ada yang sakit terlantar…rumah bergelap…bekalan air paip tiada…anak tidak bersekolah…ketiadaan wang membeli peraalatan dan lain2..
Barulah pemimpin…dapat melihat sendiri kesusahan sebenar warga ini dan penyaluran bantuan boleh diurus dengan segera..

Mereka juga pastinya akan lebih berterimakasih kerana pemimpin turun padang dalam ertikata sebenar…tidak lagi perlu berpenatlelah ke majlis-majlis penyampaian sumbangan dengan memakai pakaian secantik mungkin yang menutup sementara kesusahan/kepayahan/keperitan hidup mereka..

JANGAN DISUSAHKAN WARGA YANG MEMANG SUSAH..

Friday, August 28, 2009

ASTRO……MEMANG MACAM-MACAM ADA…….


Sekarang ini boleh dikatakan dikebanyakan rumah diMalaysia melanggan system televisyen berbayar…Walaupun kerajaan ada menawarkan siaran televisyen secara percuma tetapi atas dasar ingin mendapatkan variasi tontonan dan mutu siaran yang kononnya lebih jelas maka rakyat sanggup memperuntukkan sedikit wang bagi melanggan perkhidmatan ASTRO ini…

Namun……apabila ASTRO mula menaikkan bayaran….dalam pakej sukan…sudah tentu ia membebankan pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah……rakyat di kawasan kampong/pedalaman..
ASTRO sekarang ini seakan sesuka hati menaikan bayaran…tak salah kalau dikatakan inilah kesan kalau sesesuah syarikat pengendali dibiarkan memonopoli perkhidmatan televisyen berbayar ini tanpa ada saingan pihak lain..Pelik dan hairan…kalau dalam bidang telekomunikasi,kita ada CELCOM,MAXIS dan DIGI tetapi tidak adakah syarikat lain yang berupaya menawarkan perkhidmatan seperti ASTRO ini…

Pihak-pihak yang berwajib…persatuan-persatuan pengguna dan NGO-NGO yang sering memperjuangkan hak pengguna semestinya mendesak agar kenaikan bayaran pakej sukan ini ditarikbalik…Walaupun kenaikan ini dikatakan sedikit pada yang pendapatannya besar tapi bagi kami ia amatlah membebankan…Anak-anak tetap mahukan pakej sukan ini walaupun ibubapa ternyata berat untuk terus melanggan…Apakah ini bersesuaian dengan slogan ‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

Kalau susah-susah …kerajaan benarkan sahaja penggunaan satelit parabola…kerana walaupun penggunaannya diharamkan namun ternyata ramai yang memilikinya secara diam-diam…..tanpa perlu memikirkan bayaran bulanan…..

KECIL ITU BESAR BAGI WARGA BIASA….

Monday, August 24, 2009

BAZAR RAMADHAN…ANTARA KEUNTUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB…




Ramadhan datang lagi…Dari segi ekonomi maknanya banyak bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan…Ramai yang mengambil peluang untuk cuba-cuba meniaga untuk mencari duit raya…

Namun apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah berkaitan dengan SIKAP NEGATIF SEGELINTIR PENIAGA di bazaar Ramadhan yang sempat ku perhatikan…..
Walaupun Kementerian Kesihatan telah mengarahkan agar peniaga ini menitikberatkan soal kebersihalebih-lebih dalam kita menghadapi wabak selsema H1N1..Peniaga di kawasan ku ini rata-rata ingkar dan tidak mengikuti arahan tersebut…

1. Tidak memakai penutup mulut(mask)
2. Tidak memakai sarung tangan…dengan selamba mengambil makanan yang diminta oleh pelanggan dengan tangan yang diragui tahap kebersihannya..
3. Tidak memakai penutup kepala…lebih2 lagi peniaga wanita yang tidak memakai tudung…
4. Makanan tidak ditutup dengan sempurna/atau langsung tidak bertutup..Lalat didapati hinggap pada makanan dan dibimbangi boleh mencemar makanan dan menyebab berlakunya pencemaran makanan..
5. Bagi penjual minuman pula,air yang digunakan dibimbangi tidak dimasak terlebih dahulu…penyakit selsema mudah menyerang..
6. Membiarkan anak-anak kecil berada dipremis jualan…menyentuh/memegang jualan dengan tangan yang tidak bersih…maklumlah anak-anak.

Diharapkan para peniaga ini akan lebih mengutamakan kebersihan diri,premis jualan dan makanan yang dijual bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Pihak berkuasa tempatan juga seharusnya lebih tegas dalam menangani masalah ini..Kita tidak boleh memandang ringan akan masalah ini kerana wabak penyakit akan lebih mudah merebak di persekitaran yang tidak bersih..

KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN….

Friday, August 21, 2009

H1N1…SELSEMA BABI…MANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL…


Wabak selsema babi(Inflezua A H1N1) yang melanda Negara sekarang ini telah mengorbankan hampir 100 nyawa…tak lama lagi…Diwaktu permulaan menularnya wabak ini Negara seakan gempar…setiap hari ada sahaja berita yang dipaparkan….Langkah pengesanan di pintu masuk Negara di perketat….
Namun sekarang ini dilihat seakan macam kurang sahaja….Walaupun setiap hari pak menterinya mengadakan sidang akhbar memberitahu tentang jumlah kematian terkini…

Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah tentang sumbangan sosial daripada syarikat2 korporat dalam membekalkan topeng muka kepada pelajar2 terutama di luar Bandar…
Dalam berita aku baca kalau tak silap kerajaan/kementerian pelajaran memperuntukan 2.6 juta ringgit untuk membekalkan topeng muka,alat pembaca suhu badan…dan peralatan mencucu tangan ke sekolah2…TAPI…aku rasa bantuan ini tidak sampai ke sekolah2 yang terletak dipedalaman….mungkin hanya sampai di bandar2 sahaja…


Di kawasan luarbandar/pedalaman ini memang sukar untuk mendapat bekalan penutup muka tersebut…maklumlah mana ada dijual dikedai2 runcit…Pelajar hanya mengharapkan ikhsan guru2 atau ahli keluarga yang turun kebandar/pulang bercuti dikampung untuk mendapat topeng tersebut..
Berbalik pada persoalan tadi…sepatutnya syarikat2 besar boleh menaja…membekalkan peralatan yang tersebut kepada sekolah2 luarbandar tersebut…Bukan pun melibatkan perbelanjaan yang besar…berbanding dengan keuntungan yang diraih..Anggap sahaja sebagai sumbangan sosial..

PIBG/Kontraktor/ahli politik juga sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini…Adakan perbincangan bagaimana masalah pembekalan topeng muka ini dapat diatasi..
Dalam Susana cuti sekolah ini pula aku berharap ibubapa tidak akan membawa anak2 ketempat2 yang terbuka bagi menyekat penularan wabak ini…Amalkan penjagaan kesihatan diri sebagaimana yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI….

Friday, July 31, 2009

BAGAIMANA MELAHIR PEMIMPIN PELAPIS..


Kebelakanggan ini seringkali kudengar ada pemimpin pemuda di pelbagai peringkat yang seakan tidak tahu,kurang mahir,atau dalam bahasa mudahnya tidak layak untuk memegang jawatan tersebut…
Penghayatan,ilmu dan ketrampilan pemimpin muda ini jika tidak di semai,dibelai,dipupuk dengan baik akan mendatangkan kesan yang bukan sedikit ke atas parti yang kita sayangi ini..


Ada yang ingin menjadi pemimpin kerana merasakan mampu dari segi ilmu politik..ada yang diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu dan ada yang cuba mengintai peluang yang boleh digapai dengan menggunakan platform ini..
Adalah amat malang bila kulihat ada diantara pemimpin muda ini gagal,tidak dapat menyelesaikan masalah kecil yang timbul semasa memantau persidangan cawangan.Ini semua berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman…Sepatutnya mereka ini bermula dari bawah…timba ilmu dan pengalaman barulah menawarkan diri untuk menjadi pemimpin di tahap yang lebih tinggi..

Pemimpin semasa seharusnya menjadi mentor yang akan mendidik seorang protégé nya bagi diketengahkan pada masa yang akan datang setelah protégé nya itu mempunyai cukup ilmu dan pengetahuan tentang perjuangan,tatasusila dan sejarah parti yang kita sayangi ini..

Proses peremajaan kepimpinan UMNO ini berada pada tahap yang amat kritikal dan harus di tangani dengan serius dan berhemah..Jika kita tidak berjaya melahirkan pemimpin muda yang boleh menjadi ikon pemuda,adalah amat dibimbangi para pemuda kita akan beralih arah kea rah pihak lawan yang sentiasa akan menangguk di air yang keruh..
Para pemimpin muda ini harus diberi pendedahan dan perlu menguasai media baru sebagai platform mendekati golongan muda dan tidak terus berfokus pada cara lama,cara tradisional dalam berpolitik..

SEGALANYA TELAH BERUBAH…AYUH BERUBAH…

Saturday, July 25, 2009

AUDIT…..PROGRAM SEPANJANG TAHUN…



Diam tak diam sudah hampir setahun jawatankuasa UMNO Bahagian tidak mengira apa jua entiti memegang amanah yang dipertanggungjawabkan..kebanyakan daripada mereka ini pula menawarkan diri …dan menyatakan kesanggupan menjalankan tugas dan amanah tersebut..
Sebagai ahli dan pemerhati apa yang boleh kita lakukan ialah membuat checklist@senarai semak tentang program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun ini bagi menilai prestasi mereka ini…(JANGAN BIMBANG….TAK ADA MARKAH PUN)


SENARAI CHEKLIST/SENARAI SEMAK..


1.Berapa banyak program yang telah dilaksanakan mrngikut biro masing-masing.
2.Berapa banyak laporan bertulis oleh setiap biro yang boleh dibaca oleh ahli.
3.berapa banyak usul yang telah dikemukakan oleh cawangan2 telah kita ambil tindakan/dalam perhatian/selesai.
4.Berapa kali mengadakan mesyuarat AJK/Mesyuarat biro…
5.Berapa ramai pertambahan keahlian baru/daftar pemilih baru..
6.Berapa ramai ahli yang mengunjungi pejabat bahagian untuk berurusan.
7.Berapa banyak surat makluman/info yang bahagian keluarkan kepada cawangan.
8.Berapa ramai AJK yang gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab/tidak hadir bermesyuarat/dsb..

Cheklist ini bukan bertujuan untuk mencari kesalahan tapi untuk kita sama-sama berfikir adakah mereka yang telah terpilih ini benar-benar menjalankan amanah..
Teringat satu pepatah oleh seorang sahabat..”pokok tut/kawin ni kalau dalam masa 2 tahun tidak berbuah lebat/manis kita cantas/tebang dang anti dengan klon yang baru”…..
Sebagai ahli mari kita fakir=fikirkan demi melihat parti kita ini akan terus subur bertapak di hati rakyat..orang MELAYU khususnya..
DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN…

Thursday, July 23, 2009

APA DAH JADI DENGAN MAJLIS AKU NI……..

Kisah ni aku paparkan melalui pengalaman yang entah berapa kali terjadi di tempatku…MARI SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN…Kisahnya…
Adapun kampungku telah merancang satu program dan berhajat untuk menjemput VIP…Maka segala persiapan telah diatur dengan jawatankuasayangtelahdibentuk..Kanopi…jamuan..sambutan,kompang dan sebagainya..Yang lebih menggembirakan adalah telah mendapat pengesahan bahawa VIP tersebut telah dapat meluangkan masa untuk hadir..
APA TERJADI PADA MAJLIS TERSEBUT…

VIP yang hadir telah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar..Apa yang ingin aku ceritakan bukanlah kemeriahan majlis tersebut ataupun peruntukan yang diluluskan oleh VIP tersebut tapi…
Gelagat pengiring…orang-orang kanan/penting bahagian yang turut sama mengiringi kehadiran VIP tersebut…Mereka ini mengalahkan VIP..SIBUK sehinggakan aku merasakan majlis ini sudah jadi milik mereka …orang kampong yang dulunya sibuk membuat persiapan jadi terpinggir….
Sepatutnya mereka ini hanya sebagai pengiring saja..Sampai ke sesuatu majlis,serahkan VIP tersebut pada orang yang empunya majlis..Ini tidak..menyibuk duduk semeja dengan VIP tadi..Mereka ini memang mempunyai ruang dan peluang untuk bersama-sama VIP pada bila-bila masa..
Pada pandangan saya sepatutnya masa inilah sepatutnya JKuasa Kampung,Imam,belia dll yang duduk semeja dengan VIP tersebut..bagi menyuarakan permasalahan yang timbul dan dapat didengari oleh VIP terbabit..Kalau perlu ,diadakan dialog tertutup..bukannya lama…setengah jam pun cukup rasanya..
Apa yang aku utarakan ini bukan atas rasa cemburu atau irihati tapi keadaan cam ini telah menjadi barah dalam system kita yang mana harus diperbaiki.Berikan ruang dan peluang kepada orang kampong untuk bertemu secara terus dengan pemimpin…Jangan penat2 rancang dan urus program dan akhirnya pemimpin kampong dan orang kampong terpinggir..
BANYAK SUDAH RUNGUTAN YANG TELAH KUDENGAR BERKAITAN DENGAN PERKARA INI..
Mari kita ubah sikap kita..INSYAALLAH..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009