Selalunya bila berbicara tentang penyaluran dan penyampaian maklumat,apa yang akan didapati adalah masih banyak yang perlu diperbaik..Dengan letusan teknologi maklumat yang semakin menjadi pilihan pengguna,sistem lama juga masih diperlukan khusus untuk warga luarbandar dan golongan orang lama yang masih belum terdedah dengan media baru ini...
Justeru,Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu peringkat Daerah Rompin baru-baru ini sepatutnya menjadi satu program yang amat baik sekiranya promosi mengenainya sampai ke sasaran.Begitu banyak kaunter dibuka yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan untuk masyarakat gunakan bagi membuat sebarang aduan dan pertanyaan..Namun perkara tersebut tidak berlaku.Lebih ramai kakitangan agensi dan jabatan yang hadir daripada masyarakat sekeliling.
Sepatutnya wakil-wakil masyarakat diberikan maklumat jelas agar orang ramai mengambil peluang mengemukakan sebarang masalah yang mereka hadapi..Bukan mudah untuk kita menghimpunkan begitu banyak jabatan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan.
Itulah kepentingan penyampaian maklumat yang betul supaya program sebegini baik tidak mencapai objektifnya dan hanya membazir wang dan masa sahaja.
BAIKKAN YANG BIASA,BIASAKAN YANG BAIK..
Salam..Mungkin penyampaian ke akar umbi perlu diperbaiki lagi..
ReplyDeletesetuju...maklumat tidak disampaikan ke akar umbi oleh mereka yqang sepatutnya..
ReplyDeletesetuju sangat, promosi tak hebat, mesti ada artis(?) baru orang ramai datang.
ReplyDeleteblog sdr telah dipautkan di http://melayurayadaily.blogspot.com, mohon dilink keblog sdr. TQ salam hormat.
ReplyDelete