.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Kali ini bertempat di Padang Awam Selancar 1...Program Sukan Rakyat anjuran Persatuan Belia Selancar 1 dan JKKR serta badan gabungannya..
Antara acara yang telah dilangsungkan adalah sukaneka....pertandingan gubahan..bolasepak 12 tahun...pemeriksaan kesihatan,pendaftaran anggota RELA...dan yang lebih penting adalah pendaftaran pengundi baru(SPR) yang telah dibuat oleh jawatankuasa yang telah diamanahkan..
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang turut hadir untuk perasmian penutup mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutamanya jawatankuasa penganjur yang telah memberikan komitmen terbaik sehingga program tersebut dapat dijalankan dengan lancar sehingga penghujungnya.Beliau juga mengingatkan ibubapa agar sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran anak anak selain daripada mengimbas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak...pengasas FELDA...yang telah berjaya merubah kehidupan masyarakat Melayu yang bergelar PENEROKA...Beliau juga memberikan ingatan agar masyarakat FELDA tidak terpengaruh dengan cubaan pihak-pihak luar yang cuba memecahbelah permuafakatan yang telah terbina dengan pelbagai fitnah dan janji-janji kosong..
Sekali lagi sekalung tahniah kepada masyarakat Felda Selancar 1 yang pada peperhatian penulis telah bergabung tenaga dan usaha demi memastikan program yang dilaksanakan itu berjalan dengan lancar dan tersusun..