Dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang bukan sedikit..faktor hujung minggu bukanlah satu faktor yang memungkinkan seseorang pemimpin untuk berlenang-lenang...Sememangnya kalau mengikut resam biasa...hujung minggu adalah hari rehat..namun bagi pemimpin tiada istilah 'off day'...Masyarakat harus di dekati dan dijenguk tak kira di waktu suka,gembira,duka dan nestapa..
Hujung minggu ini bersama pemimpin telah sempat menziarahi masyarkat selain daripada menghadiri majlis kenduri kahwin yang banyak diadakan ..
Bermula dengan ziarah kematian salah seorang pemimpin masyarakat orang asli di RPS Buluh Nipis..iaitu Mendiang Tiwan...yang telah meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi..Terlihat bagaimana kematian masayarakat orang asli diuruskan selain daripada bagaimana masyarakat orang asli yang beragama Islam dapat hidup berharmoni dengan saudara-mara mereka yang masih lagi dengan anutan dan kepercayaan masing-masing..
Seterusnya...terus ke Desa Jati Muadzam Shah..menghadiri kenduri PSU Puteri UMNO Bahagian Rompin yang nama FB nya kalau tak silap Puteri Qis Balkis..majlis diserikan dengan persembahan oleh kumpulan silat....sangat menarik...pusaka budaya bangsa...
Kemudian bergegas semula ke Keratong...kenduri puteri sulung Encik Mazlan Yusof(LanSinger)Keratong 1...bekas anak muridku...semoga berbahagia...Ziarah pula Tuan Haji Latif...RELA Keratong 1 yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya...telah 6 tahun berkerusi roda...
Destinasi akhir adalah ke rumah Arwah Imam Mustafa Keratong 2....kenduri majlis perkahwinan...walaupun agak lewat tetapi tetap mendapat layanan mesra daripada tuan rumah...
Semoga dengan kunjungan seperti ini akan lebih merapatkan hubungan dan dharapkan pemimpin kecil diperingkat kampung dan cawangan akan dapat merangka dan merancang program yang bersesuaian agar penduduk dan masyarakat akan lebih merasai keberadaan pemimpin...
Salam bro, tahniah dan syabas pada tuan dan Dato'........berterusan bersama rakyat..... jangan sampai lupa kawan dah lah....
ReplyDeletemari sama-sama cari masalah rkyat dan cuba yang terbaik utk penyelesaian...kawan tak lupa sahabat...
ReplyDeletemendiang Tiwan Bro....Takajut aku tuu
ReplyDeleteTQ bro Pejuang...saya telah perbetulkan kesilapan tersebut...
ReplyDelete