Pepatah mengatakan kalau kita ingin melihat kepimpinan negara akan datang.....lihatlah generasi hari ini....Oleh yang demikian...kepentingan pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan kemestian dan harus diberikan penekanan...terutamanya oleh ibubapa dan masyarakat secara keseluruhannya...
Berkaitan dengan itu maka Hari Potensi bagi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat DUN Bukit Ibam telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak..Kedatangan para penjaga yang kebanyakannya golongan muda memberikan petunjuk bahawa mereka ini mementingkan pendidikan anak-anak demi masa depan yang cemerlang..
Antara acara yang dijalankan termasukkah pertandingan pidato,bercerita dalam Bahasa Inggeris,nasyid,tarian tradisional,boneka dan teater...Maing-masing telah menunjukkan bakat istimewa dengan bantuan jurulatih .....
Kehadiran YB Dato'Haji Mohamad Sahfri,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang untuk acara perasmian penutup menambah meriah majlis tersebut..Beliau dalam ucapannya mengingatkan para ibubapa agar memberikan perhatian serius terhadap pendidikan anak-anak agar mereka mempunyai kekuatan untuk mengharungi kehidupan masa hadapan yang semakin mencabar...
UTAMAKAN PENDIDIKAN GENERASI HADAPAN.
No comments:
Post a Comment