Al-fatehah..Seorang pejuang alam siber,blogger tersohor yang lahir di kawasan Rompin dan Keratong khususnya, Allahyarham Abd Aziz Bin Shaharun telah menghembuskan nafas yang terakhir di HTAA malam tadi..Perkhabaran sedih itu telah memeranjatkan seluruh rakan pejuang yang sentiasa mengikuti hasil penulisan beliau terutama dalam menyanggah dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan dan FELDA khasnya.
Penulis dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,telah sempat menziarahi beliau di rumahnya apabila diberitahu bahawa beliau mengalami keuzuran sebelum mendapat rawatan di hospital.
Semoga roh perjuangan beliau akan sentiasa mengalir di bumi Rompin ini dan moga akan lahir lebih ramai lagi" Melukut Senja/Yang Gambi" dalam arena perjuangan melalui media baru ini..
Juga didoakan semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..Amin..
HILANGMU TIADA BERGANTI....
HILANGMU TIADA PENGGANTI
ReplyDeletealf fatihah, kita kehilangan seorang yg banyak berjasa pada parti umno dan negara. Arwah byk meninggalkan kenangan manis kpd saya sekeluarga dan masyarakat keratong 2,dan negeri pahang amnya..
ReplyDelete