Dalam era masa di mana kebanyakan ahli masyarakat sudah mula berbicara tentang menjaga kesihatan badan,maka berbasikal adalah merupakan salah satu daripada pilihannya.
Sekarang ini di Keratong,aktiviti berbasikal seakan sudah menjadi satu fenomena apabila semakin ramai yang menjadikan aktiviti ini sebagai riadah mereka.
Dengan nama BtAR Cycling Comunity,keahliannya semakin bertambah dan mula menjadi sebutan ramai.Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menyertai Jamboree selain kayuhan biasa setiap petang.
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah meluangkan masa beramah mesra dengan ahli kumpulan ini dan meluluskan peruntukan bagi kelab ini membeli jersey pasukan.Terimakasih dari kami atas keprihatinan YB Dato'..
MASYARAKAT SIHAT NEGARA SEJAHTERA
No comments:
Post a Comment