Semua usaha yang dibuat demi untuk kebajikan peneroka akhirnya membuahkan hasil apabila MPOB membayar RM7.5 juta melalui Skim Insentif Tanaman Semula kepada peneroka yang terlibat dengan penanaman semula pokok sawit.Hadir bersama ke Majlis ini adalah YB Datuk Hamzah Zainuddin,Timbalan Menteri Perusahaan,perladangan dan komoditi selain TYT DSJJ,dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata penerima akan mendapat RM4.000 berdasarkan perkiraan RM1K per hektar.Semuga dengan adanya wang insentif ini yang boleh dikira sebagai durian runtuh dan bonus berganda daripada Kerajaan akan memungkinkan persiapan Hari Raya dapat dilakukan dengan lebih sempurna lagi.Rata-rata peneroka yang ditemui melahirkan rasa termakasih kepada pihak kerajaan dan bersyukur kepada Ilahi kerana pada bulan yang mulia ini mereka dikurniakan rezeki yang melimpah.Ini sekali lagi membuktikan kerajaan benar-benar menjada kebajikan rakyat dan bukan hanya sekadar slogan sebagaimana yang cuba digembar-gembur oleh pembangkang.BUKAN SEKADAR SLOGAN...
Monday, August 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment