Minat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan,perniagaan kadangkala terhalang dengan faktor pusingan modal yang tidak mencukupi.Usaha gigih yang ditunjuk oleh golongan muda ini telah mendapat perhatian daripada kerajaan yang begitu prihatin apabila sebilangan usahawan yang memohon untuk pinjaman Tabung TEKUN telah berjaya dan menerima cek masing-masing baru-baru ini.Cek telah disampaikan oleh Datuk Nurjazlan Mohamed,Pengerusi UDA yang turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Rompin,TYT DSJJ.Semoga selepas ini akan ada lebih permohonan daripada usahawan muda di sekitar Keratong ini diluluskan.Harapan setinggi langit ini juga seharusnya diikuti dengan komitmen usahawan untuk bembayar kembali pinjaman pada masa dan kadar yang telah ditetapkan agar wang pusingan tersebut dapat pula dimanfaatkan oleh pemohon yang lain.Sebarang kesulitan mengenai hal ini mesti diselesai melalui rundingan dengan agensi berkaitan.USAHA TANGGA JAYA.
Monday, December 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment