SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Monday, June 15, 2009

BELIA FELDA..SEKADAR RENUNGAN DAN CADANGAN….




Malam tadi sebelum terlena..terbayang aku akan kata-kata seorang sahabat yang meluahkan rasa hati tentang kekurangan dana dalam akaun persatuan belianya untuk melaksanakan pelbagai program yang ingin dijalankan..

Petang ni sambil-sambil tengok tv aku cuba memikirkan apakah langkah jangka panjang yang FELDA boleh tolong bagi mengatasi masalah kekeringan kantung persatuan belia di rancangan…

Memang tak dapat dinafikan kebanyakan persatuan belia FELDA menghadapi masalah yang sama..Selalunya bergantung harap pada peruntukan daripada YB
ADUN@PARLIMEN..barulah boleh buat program..Hendak diharapkan potongan meja peneroka..entahlah..tak dapat agaknya..ahli-ahli pulak liat bila disuruh bayar yuran..mana tak pening kepala Pengerusi Belia dibuatnya..

JADI..TERBAYANG DI KOTAK INGATAN IDEA AKU INI…

Apalah salah kiranya Persatuan Belia di rancangan tanah FELDA diberikan geran bantuan melalui saham KPF yang tidak boleh dijual kepada setiap persatuan belia di rancangan felda..diletakkan di bawah pengawasan JKKR dan pengurusan rancangan..
Seingat aku FELDA ada dan pernah memberikan saham KPF percuma kepada setiap peneroka..bayangkan berapa banyak saham yang telah diagihkan..kalau di tempat aku ni ada kira-kira 600 orang peneroka..jumlahnya tentu RM600,000 kalau setiap peneroka dapat RM1,000…Bayangkan kalau satu Malaysia…
Untuk Gen 2 ni tak lah aku nak cadangkan diberikan secara individu…tapi anugerahkanlah pada setiap persatuan belia…tak kira persatuan ini masih sah atau tidak pendaftarannya…

Kalaulah saham bernilai RM50,000 diberikan kepada setiap persatuan belia dengan anggaran dividen KPF 10%(selalunya lebih) sudah tentu persatuan-persatuan ini akan dapat kurang lebih RM5,000 setahun…boleh lah kalau nak buat program..
Sekiranya cadangan aku yang tak sekolah tinggi ini boleh di mesyuaratkan…mari kita sama-sama usahakan agar suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan..
YB ADUN dan PARLIMEN yang kawasannya ada skim Felda bolehlah mengutarakan cadangan ini kepada YAB Perdana Menteri atau En.Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal Felda apabila ada kesempatan nanti..MBFM pun bolehlah turut sama memainkan peranan…

Andainya ini menjadi kenyataan..sayalah antara generasi FELDA yang amat gembira kerana daripada idea yang tak seumpamanya ini..dapat membantu warga belia di seluruh Negara….

MARI SAMA-SAMA RENUNGKAN..

4 comments:

  1. aku sokong sangat pendapat ko tuh brO... bayangkan la, nak beli bola sebijik pon diaorg tak mampu... asyik mintak ngan bos jer.. kalo ada duit, jgnkan bola... tiang gol pon belia felda bleh beli beb..

    ReplyDelete
  2. salam..cadangan ini mmg bijak dan bernas dari mata kasar.. cuba kita teliti dan perhalusi dari aspek perlaksanaannya pula. Cukup sukar untuk belia2 kita untuk melaksanakan perkara ini tanpa adanyanya pendedahan awal serta sokongan dari pihak yg berpengalaman.

    justeru itu saya mencadangkan mereka ini di beri peluang mendedahkan diri serta menyertai badan2 utama yang ada dalam felda sekarang. sebagai contoh koperasi felda yg saya lihat hidup segan mati tak mau. Cuba kita dengar serta minta pendapat dari belia2 felda apa yang mereka akan lakukan sekiranya mereka ada dalam organisai koperasi felda sekarang. Dari situ kita akan dengar pelbagai idea dan pendapat yang boleh digunapakai bagi membangunkan semula koperasi felda seterusnya membantu belia2 felda bergerak melalui dana koperasi felda itu sendiri.

    Yang keduanya belia2 felda harus memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan dana tanpa bergatungharap sepenuh kepada YB atau pihak tertentu semata mata. Sebagai contoh setiap program sukan atau apa2 program sekali pun belia2 boleh mengabil peluang ini untuk mengisi tabung belia melalui penyewaan gerai2 dan kemah2 kpada peniaga2.Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sekadar untuk mengisi tabung belia supaya dapat lah persatuan belia bernafas bagi menjayakan program yang akan datang..


    nampaknya terlalu panjang saya berceloteh ..InsyaAALAH kita akan bertemu lagi dalam coretan yang akan datan ..sekian wasalam.

    ReplyDelete
  3. thanks,,sesuatu bermula dari cadangan,,itulah..idea ini saya pernah kemukakan semasa mengikuti lawatan PBSL anjuranSERANTA FELDA..Pengarah masatu minta MBFM BUAT FOLLOW UP..tapi entahlah..tentang penglibatan gen 2 dalam badan2 cam koperasi memang tepat..pindaan perlembagaan koperasi perlu utk memblehkan gen 2 jadi ahli.ini sebahagian persiapan ke arah masa depan..

    ReplyDelete
  4. great idea..!!!
    komen2 pn bernas...
    bravo2!!!

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009