SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Saturday, June 20, 2009

UMNO DI ERA IT.....BERSEDIAKAH KITA.......?



Ini gambar hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati akalnya.


Kerajaan Negeri Pahang dengan dayausaha Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, telah mengadakan pertemuan dengan para blogger dan bakal-bakal blogger Penyokong Kerajaan Pahang dalam satu program yang dinamakan ’Perjumpaan Pertama Dengan Aktivis-Aktivis Media Baru Pahang – Cabaran Media Baru Menjelang PRU13.’ (Blog Beranikan Hati)

1. Saya juga turut hadir ke pertemuan berkenaan atas pelawaan seseorang. Memang saya dapati perjumpaan itu sungguh meriah dengan kira-kira hampir 200 orang yang hadir. Mukadimah dari Datuk Sharkar ucapan YAB MB Pahang juga sangat menarik walaupun kelihatan bersahaja.

2. Semasa jamuan makan saya terdengar soalan dari seseorang yang memaklumkan bahawa kehadirannya atas kapsiti Penerangan UMNO Bahagian yang bunyinya membuatkan saya hampir tercekik: Blog itu apa?. Saya tertanya-tanya inikah orangnya yang hadir untuk pertemuan blogger dan mewakili penerangan UMNO Bahagian dan yang nantinya akan menerangkan kepada rakyat dalam parlimen yang ia wakili serta menangkis tohmahan parti lawan dengan menggunakan blog sebagai medium? Apakah kita akan berjaya untuk memerangi lawan yang mahir dan lengkap bersenjata sedangkan kita buta kayu dan tidak pun memiliki apa-apa? Memang UMNO sudah berubah....berubah menjadi semakin buta hati..dan bebal..

3. Setibanya saya kerumah, saya terus mencuba mencari blog-blog yang mewakili umno-umno bahagian, tetapi saya masih gagal mendapatkannya. Manakah blog UMNO bahagian-bahagian di negeri Pahang? Ketua Wanita Negeri, Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Puteri Negeri bolehkah memberikan jawapannya? Berapa ramaikan ketua-ketua UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang meluangkan masanya membaca blog-blog? Mungkin masih ada diantara mereka yang mungkin akan bertanyakan kita; Blog itu apa?


FIKIR-FIKIRKANLAH...........


.............Ehsan dari SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT . Modified by GENGSAHABAT...

2 comments:

  1. Kawan setuju dengan pendapat tuan, pembangkang telah memanfaatkan kemudahan IT sejak tahun 1999 lagi, tanpa disedari dakyah mereka dalam blog sungguh berkesan sehingga tahun 2008 mereka menampakkan kejayaannya.

    Sepatutnya semua AJK Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri wajib melayarai blog atau mempunyai blog sendiri. AJK PAS pusat yang menang tahun 2009 50% mempunyai blog sendiri.

    Jadikan salah satu tugas hakiki bagi semua AJK UMNO tidak kira peringkat mana.....

    Kawan agak terkilan kerana tak di undang ke Majlis tersebut......

    ReplyDelete
  2. sepatutnya blogers indie penyokong kerajaan ini yang lebih diutamakan dalam perjumpaan tersebut.bakal blogers umno ini seharusnya menjadikan blogers pro kerajaan ini sebagai mentor mereka..itu pun setelah mereka ini menjalani latihan jangka pendek oleh umno itu sendiri.baru lebih berkesan..

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009