Apa yang ingin ku tuliskan kali ini tak ada kaitan dengan balik ke kampung macam nak raya..Cuma bila memikirkan keadaan yang berlaku di kawasan2 Fellda yang lama..cam tempat aku ni..Apabila berlaku penghijrahan di kalangan Gen 2 keluar tanah rancangan..di sebabkan mencari penghidupan baru..atau sebab-sebab lain..
Keadaan ini semakin lama semakin mendatangan kesan dalam sistem masyarakat Felda itu sendiri..Terdapat banyak rumah peneroka yang didiami hanya oleh pengantin baru..(peneroka dan isteri sahaja)ada juga yang ditinggalkan kosong tidak berpenghuni..mungkin disebabkan meninggal dunia dan waris semua bekerja dan tinggal di luar.
Inilah yang cuba saya sampaikan buat kali ini..kesan daripada fenomena ini adalah…
a. bilangan pelajar di sekolah rendah semakin berkurangan dari tahun ke tahun sedangkan bangunan sekolahnya
tersergam indah..banyak bangunan yang kosong..
b. begitu juga dengan tadika..apatah lagi dengan adanya prasekolah..
c. kekurangan tenaga muda di dalam blok..ini akan jelas kelihatan terutama bila ada kenduri kahwin..tiada pelapis
untuk urusan memasak hidangan(tukang masak kenduri biasanya lelaki).
d. orang meniaga pun dah mula mengeluh..kurang rancak berbanding dahulu kerana peneroka sudah kurang
berbelanja..tiada siapa di rumah wat apa nak belanja lebih2..
e. kekurangan tenaga muda dalam badan2 JKKR yang sekarang ini di anggotai oleh orang lama,,perlu tenaga
baru ,pemikiran baru sebagai persiapan jangka masa panjang.
Kempen balik ke FELDA ini dapat dijalankan dengan mengenalpasti rumah rumah yang kosong,peneroka yang tinggal berseorangan atau berdua sahaja,kemudian kenalpasti anak peneroka terbabit yang boleh di pujuk supaya dapat pulang dan tinggal bersama ayah atau ibu mereka di Felda.
Sekiranya kempen ini berjaya insyaallah masalah yang saya nyatakan diatas mungkin akan dapat di kurangkan.Keutamaan adalah bagi anak peneroka yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak barulah berkesan kempen ini..
FIKIR-FIKIRKANLAH……..
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..bertemu kembali dalam coretan kali ini..
ReplyDeletePermasalahan ini sebenarnya boleh kita kekang dengan mengkaji kadar peluang pekerjaan yang ada sekita tanah rancangan felda keratong.
Sekiranya peluang2 pekerjaan dapat diwujudkan serta di gagahkan lagi dengan aktiviti yang menarik, saya rasa KEMPEN BALIK KE FELDA dapat dilaksanakan dengan baik.
Bukan kerana memandang lekeh akan pekerjaan yang ada sekarang tetapi cuba kita buat pengstruturan semula gerak kerja itu sendiri.
Cuba kita wujudkan felda keratong ini sebagai pusat pelancongan atau Home Stay Felda. Saya rasa peluang-peluang pekerjaan akan wujud dan berkembang sekaligus menjana pendapatan peneroka tempatan.
Salam….
ReplyDeleteMemanglah ketiadaan peluang pekerjaan di kawasan tanah Felda-Felda dan sekitarnya menjadi penyebab berlakunya penghijrahan belia dan Gen2 keluar. Namun, sekiranya Gen2 itu sendiri gigih melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan pekerjaan ianya masih lagi boleh menampung kos penghidupan di Felda. Apa pun pihak-pihak yang berkenaan seharusnya membawa masuk pelabur mendirikan kilang atau IKS yang boleh menjana pekerjaan kepada belia dan Gen2.
khamis lepas sahabat kami cikgu zahar ke jengka 6... dia kata memang kurang orang dah sekarang ni. jengka 6 dah tak sesibuk dulu.
ReplyDeletedengan adanya kempen seperti ini semoga kawasan felda akan kembali rancak dari segi ekonomi dan suasananya