Hari ini aku nak berehat daripada berbicara tentang apa yang biasanya aku buat…tentang belia..gen 2 dan politik…Aku nak paparkan aktiviti yang aku buat semalam..
Sedang aku berehat di rumah,tiba-tida telefon berdering..rupa-rupanya seorang sahabat mengajak aku menjaring ikan tebakang..Setelah membuat persiapan ringkas,aku dan rakan-rakan pun bertolak ke lokasi..Lokasinya adalah di sebuah danau di Kampung Lubok Batu..kira-kira 3 km daripada tempatku…
Sesampainya di lokasi aku lihat beberapa orang telahpun mula menjaring,menjala..Aku dan rakan-rakan iaitu Mr.O,Mohayadi,Tok 4 Razak,Wakdin dan Culek terus sahaja memasang jaring.Jaring yang digunakan adalah jaring burung saiz 8 dan jaring biasa…
Tidak berapa lama kemudian jaring yang dipasang telah mula mengena..Jenuh kami mengeluarkan ikan daripada jaring.Wakdin yang menunjukkan kepakarannya menangkap ikan menggunakan tangan berjaya menangkap lebih kurang 2kg..
Aku juga ada membeli ikan tebakang yang telah disalai..dengan harga RM16 sekilogram..Hasil tangkapan pada hari ini lebih kurang 25 kg dan telah dibahagi sama rata..Sungguh berbaloi berendam selama 3jam lebih..Ikan salai yang kubeli tadi telah ku masak lemak cili api…uuuugh…berminyak mulut..
Inilah catatan yang dapat ku tuliskan ..jumpa lagi ……
lubuk batu biasa saya pegi,tapi tenguk gambar ni tak perasan dimana tempat ni...
ReplyDeletekalau tau nak gi gak...biasa saya pegi dengan cikgu rosli tabung haji.
saya pun first time sampai..dekat dgn ladang felcra kubok batu..kalau nak tau roger je dengan tok 4 razak..semalam cam pesta,,orang off kerja..
ReplyDelete