SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Saturday, June 27, 2009

PENGUNDI MUDA…PENGUNDI LUAR….SIAPA MEREKA DI MATA KITA……????




Pengundi muda..pengundi luar..pengundi yang tinggal di luar kawasan adalah satu permasalahan yang begitu besar dan memainkan peranan penting dalam menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya masa kini dan akan datang..


Jika golongan ini tidak di dekati atau diambil peduli sudah pasti mereka akan menjadi semakin jauh,jauh..dan jauh dari kita..Jadi,sesuatu mesti dilakukan dengan cara yang berkesan dan terancang kerana telah terbukti bahawa golongan inilah yang paling ramai menyokong pembangkang dalam PRU yang lalu.. MENGAPAKAH INI BOLEH BERLAKU DAN AKAN TERUS TERJADI??????

Pengundi muda dan pengundi luar ini adalah pengundi yang sekarang ini lebih terdedah dan celik IT.(internet,blog dsb)-rujuk artikel ADUKA TARUNA-.Mereka berjiwa muda,agresif dan kritis..lebih cenderung kepada menyokong dakyah2 pembangkang..
MENGAPA MEREKA INI HARUS KITA DEKATI …??


Mengikut ketetapan SPR,penetapan lokaliti mengundi biasanya berdasarkan alamat di My Kad..jadi walaupun mereka itu tinggal dan berkerja di merata pelusuk Negara,namun apabila tiba musim mengundi mereka ini akan pulang kekampung halaman untuk mengundi..Inilah yang biasanya dipanggil sebagai PENGUNDI LUAR..
PERSOALANNYA….

Apakah sumbangan YB ADUN @PARLIMEN. kepada mereka selama ini?Kenalkah mereka dengan YB atau bakal2 YB ini?Apakah yang mereka dapat sekiranya mereka mengundi calon kita……
Oleh sebab mereka ini kebanyakannya tinggal di Bandar maka, mereka tidak akan merasa apa-apapun kerugian jika mengundi pembangkang kerana pembangunan telah pun ada dan akan terus ada di kawasan tempat tinggal mereka.

JUSTERU, APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?

Pertamanya, wujudkan kumpulan ala pengundi maya………Wujudkan kelab atau persatuan anak-anak tempatan mengikut ADUN dan PARLIMEN bagi pengundi-pengundi muda ini di Bandar. Contonya persatuan ana-anak DUN @ PARLIMEN………..Letakkan ianya di bawah naungan ADUN @ ahli PARLIMEN.

Keduanya, adakan perjumpaan berkala dengan ahli-ahli persatuan ini secara berterusan bagi memahami permasalahan mereka dirantauan. KALAU BOLEH lantik wakil mereka sebagai AJK PEMUDA / PUTERI sebagai wakil khas untuk golongan ini. Setiap perjumpaan / mesyuarat, wakil ini akan mengutarakan apa jua masalah yang mereka hadapi. Sebagai pemimpin politik ADUN / ahli PARLIMEN semestinya mempunyai jaringan hubungan dengan pemimpin politik di tempat mereka atau ketua-ketua jabatan di tempat mereka tinggal. JADI…..dengan panggilan talipon atau surat sokongan sahaja, kita boleh meminta agar pemimpin tadi menolong menyelesaikan masalah yang pengundi-pengundi luar ini hadapi.

Banyak lagi cara / program yang boleh kita lakukan untuk mendekati pengundi luar ini agar mereka sentiasa rapat dan terasa diri mereka di ambil berat. Barulah tidak timbul persepsi yang mereka ini hanya kita perlukan, dekati, cari……hanya apabila musim mengundi.
Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Kelantan… BAS, duit kocek hatta duit minyak kita sediakan untuk mereka pulang mengundi, akhirnya mereka disambut pembangkang , dan mengundi pihak pembangkang…….SALAH SIAPAKAH INI…?

Kita perlulah berani untuk berubah dan mencuba kaedah baru untuk menghadapi pengundi muda @ pengundi luar ini. Jangan terus dengan system dan cara lama yang ternyata sudah ketinggalan zaman.

ZAMAN TELAH BERUBAH….FIKIR-FIKIRKANLAH……….

5 comments:

  1. Saya anak muda dapat merasai semua itu. Inilah generasi yang patut didampingi.Cadangan & buah fikiran tuan amat baik dalam keadaan dan suasana politik masa kini.

    ReplyDelete
  2. kalau umno buat dari dulu ...tak akan jadi seperti sekarang.....
    Tapi pemimpin umno sendiri terlalu sebuk dengan......( tak boleh cerita ...saya orang pas ..)
    jangan marah...

    ReplyDelete
  3. thanks ats respon yang di beri walau kita berbeza ideologi..tapi kalau dalam hal2 yang boleh membawa kebaikan bersama saya rasa tak salah utk kita berkongsi pendapat.apapun better late than never.

    ReplyDelete
  4. bapak borek anak pun rintik!! warisan turun temurun, nanti menderhaka pula!! bapak dah undi pembangkang, kalau nak dekat pada anak dia pun tak guna juga!!

    ReplyDelete
  5. mungkin juga...tapi sekurang2nya kita ada usaha dan keinginan. Jangan percaya pada jenama. Yang PAS tu tak semestinya terus PAS.Kalau kene gayanya tak menjadi PAS dorang tu..Apapun tq atas respons...

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009