Program ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak..Dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Rompin dan Lembaga Pelawat Hospital Muadzam Shah..Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Hospital Muadzam Shah(HMS).
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Antara pengisian acara adalah acara senamrobik pada sebelah pagi,ceramah tentang penjagaan buah pinggang ,pameran berkaitan penyakit berjangkit(H1N1),bahaya merokok, pemeriksaan kesihatan secara percuma,pemeriksaan gigi dan sebagainya.
Orang ramai yang ditemui yang kebanyakannya warga emas menyatakan kegembiraan atas program ini kerana terdapat banyak maklumat di samping dapat melakukan pemeriksaan secara percuma..
YB.Dato’Haji Mohamad Sahfri dalam ucapannya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dalam hal-hal yang melibatkan penjagaan kesihatan terutamanya wabak yang melanda Negara sekarang iaitu wabak selsema babi.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI…
refer to the 2nd pic..
ReplyDeleteyg gemok tu patut derma darah...
bkn tgk je...
hahaha....