Majlis persandingan ini telah diadakan bertempat di Rumah UMNO Cawangan Bukit Ibam.Segala persiapan dan peralatan majlis telah di sumbangkan oleh Umno Cawangan Bukit Ibam,JKKK dan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Ibam..
Pasangan pengantin ini adalah puteri kepada Tok Batin Husin ,Batin Kg. Pelam.Setelah mengadakan perbincangan dan permuafakatan maka dipersetujui majlis persandingan ini akan diadakan di Bukit Ibam selaku tuan rumah..
Majlis persandingan bermula dengan perarakan bermula dari Masjid Bukit Ibam dan diiringi dengan paluan kompang dari wanita Bukit Ibam..Kedua mempelai telah disandingkan di pelamin yang dibina di luar Rumah UMNO.
YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah turut sama hadir dan memeriahkan persandingan tersebut..Turut sama hadir adalah Tuan Kadi Muadzam Shah,Dato’Haji Khalib Abdullah dan lain-lain tetamu yang telah dijemput hadir.
Tok Batin Husin yang begitu gembira dengan perkahwinan akaknya telah menyampaikan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan majlis terutamanya Tok 4 Zamri bin Budin dan Jawatankuasanya serta YB Dato’HajiMohamad Sahfri.
Semoga pasangan pengantin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN.
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG,BULAT MASYARAKAT KERANA MUAFAKAT..
No comments:
Post a Comment