Bagi warga Blok 20 FELDA Keratong 2...pada tahun ini kaedah baraa'an ini telah di ubah kepada mengadakan rumah terbuka...iaitu sebaik sahaja selesai sembahyang sunat Aidil Fitri.Pada petang sebelum menjelang raya...warga telah bergotong royong memasang khemah dan canopy...di atas jalan berhampiran dengan setor penyimpan barang...ini memudahkan lagi keadaan..Pada masa yang sama tempahan lemang telah dibuat sebagai menu utama ....
Selesai sahaja bersembahyang maka berduyun-duyun warga Blok 20....anak,menantu...cucu,citit ke khemah yang telah dipasang...Masing-masing membawa hidangan dari rumah masing-masing...ketupat,rendang,lodeh,nasi dagang...kuih-muih...
Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Blok yang juga merupakan Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Bakri bin Maksom..Bacaan doa selamat pula telah dipimpin oleh Tuan Haji Mahfudz...Kemudian jamuanpun dimulakan..Masing-masing makan sambil berbual mesra..Sessi bergambar kenangan juga turut diadakan..
Sesungguhnya,ini adalah merupakan blok contoh yang kali pertama mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama..Akhirnya sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya telah di adakan....
Pada masa hadapan pula dirancang untuk diadakan majlis tahlil dan kenduri blok perdana...Perancangan akan disusun agar majlis yang akan diadakan nanti lebih baik dan tersusun..
MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BARAKAH...
Syabas dan tahniah kepada kepimpinan dan ahli-ahli blok 20, teruskan budaya begitu setiap kali musim raya......
ReplyDeletehehehehehehe kat ktg 4 kawasan desa anggerik dah buat program nie semenjak 5 tahun lepas.....
ReplyDeleteAkum selamat hari raya...masa tahun 1989 di kampung saya Parit Ahmad, Batu Pahat Johor...1 rumah dapat duit raya 20 sen pun dah cukup....kena 175 rumah dapat 35 ringgit..duit simpan dalam songkok...ha ha...kenangan mengusik jiwa..baraa'an...sampai sekarang budaya ini masih dikekalkan...kalau 1 malaysia buat camni...barulah takde perselisihan
ReplyDeletekampung ku,,,aduy rindu yer,,,,,
ReplyDeleteaku rindu kampong ku,,,yazihadi mohamed
ReplyDelete