Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..Sebagaimana tahun-tahun terdahulu,inilah masanya anak perantau pulang kekampung halaman bertemu kaum keluarga,sanak saudara,sahabat handai dan juga insan tercinta..Setahun di rantauan,memcari rezeki di tempat orang ,tentu sudah kedatangan Syawal begitu mengamit perasaan..
Dalam kesibukan dan kesesakan jalanraya,aspek keselamatan jalanraya tidak harus di ringankan...Periksa dan pastikan keadaan kenderaan telah diselenggara dengan rapi...Memandulah dengan berhemah,bertimbangrasa dan berhati-hati.Patuhilah undang-undang dan peraturan jalanraya.Biarlah kepulangan kita disambut dengan airmata kegembiraan dan bukannya tangisan kesedihan..Jangan jadikan jalanraya tempat berlumba..Rasnya telah banyak kempen,informasi,peringatan di paparkan di media arus perdaana tentang kempen keselamatan jalanraya.
Jadikanlah hari raya pada kali ini lebih bermakna dalam ertikata sebenar...janganlah hanya terperuk di rumah menghabiskan masa cuti raya dengan menonton televisyen...Kunjungilah,ziarahilah sanak saudara,sahabat handai yang lama terpisah ...semoga dengan ini akan merapatkan tali persahabatan dan persaudaraan..
Kalau ada program marhaban,baraa'an...sertailah aktiviti dan program seumpama ini yang semakin jauh di telan arus kemodenan..Budaya berciri keislaman ini harus di pertahankan dan disemai pada generasi muda...
Seperkara lagi....apa sahaja yang bersifat negatif janganlah dibawa bersama pulang kekampung...tinggalkan sahaja di bandar/kota.Jangan biarkan adik-adik yang masih mentah terpengaruh dengan budaya negatif yang kita bawa..... KASIHANILAH ADIK-ADIK KITA YANG MASIH MENTAH.Tunjukkan lah pada mereka contoh tauladan yang baik...Ibubapa pun pasti gembira.
TREND DI BANDAR,CARA DI DESA JAUH BERBEZA...
SALAM...Beraya di Keratong lebih sibuk dari K.L,Maklumlah Keratong ialah Kg. FELDA terpadat di dunia.Hati-hati ketika memandu di Keratong.
ReplyDeleteSalam, kawan lebih lemas bila semua orang balik beraya kat kampung, Masjid mesti full punya, sampai kat luar. Kat bandar pulak, ngalahkan Kulumpur jem jalan......, tapi seronok juga. Kawan ni tak le kemana-mana, tak de sapa dah........ nilah kampung kawan.....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, maafkanlah kalau kawan ada terkasar bahasa, terumpat keji atau tersepak kaki.......
saama2.kawan pun mcm tu gak..maafkan andai tersalah kata terlanjur bicara,maklumkan jiwa masih muda kadang2 tersasar kata...
ReplyDelete