Entah buat kali yang keberapa aku pun dah lupa..berita tentang pembangunan yang tidak menepati kehendak sebenar rakyat..malah kadang-kadang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat langsung..Hanya menjadi GAJAH PUTIH yang menyakitkan mata...
Perbelanjaan yang dikeluarkan bukannya sedikit.....dan wang ini adalahy wang kerajaan hasil dari pembayar cukai..Jadi apabila setiap hari dan setiap kali melintasi projek gajah putih ini hati menjadi sakit atas kegagalan pihak yang berwajib membuat perancangan teliti dan holistik sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.
Salah satu projek Gajah Putih yang ada di sekitar kawasan aku ini adalah Pusat Ekonomi RPS Bukit Serok ...Bukan tak pernah di bincangkan...PERNAH KELUAR salam BULETIN UTAMA...dan bukan tak pernah dilawati oleh seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan..Tapi aku hairan kerana selepas itu seakan tiada tindak ikut oleh pentadbir di peringkat daerah..
Daalam tinjauan mutakhir yang dibuat didapati bangunan tersebut bertambah usang...dijadikan oleh golongan yang tidak bermoral sebagai tempat melepak..meminum minuman keras...kaca-kaca botol minuman keras bersepah-sepah disana-sini..SAKIT MATA memandang,,,
Adalah diharapkan akan ada tindakan untuk memperbaiki keadaan ini dalam masa terdekat kerana kawasan ini adalah kawasan yang berpotensi..
sebenarnya adalagi projek-projek yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan yang dirasakan tidak menepati kehendak samada dari segi rekabentuk mahupun lokasi...Dibimbangkan dalam kita membina infrastuktur untuk rakyat dalam keadaan yang tidak memenuhi aspirasi rakyat akan membawa nama yang tidak elok kepada kerajaan secara keseluruhannya..
GAJAH PUTIH..SAKIT DIMATA SAKIT DIHATI......
Salam, inilah silapnya pemimpin, kawan berkata yang benar...... dulu semasa kawan menjadi AMD Rompin, bangunan ini hendak diuruskan oleh Majlis Daerah Rompin, tetapi Dato' Sri JJ membantah dan di beri kepada JKKK Bukit Serok di atas desakan Long Ah Kaow, bangunan ini untuk orang Asli sahaja berniaga, kesudahannya seperti yang anda lihat sekarang.......
ReplyDeleteItulah akibatnya bila buat projek tanpa tinjauan menyeluruh,asal ada budget je buat tergesa-gesa mana yang patut..sedangkan banyak lagi tempat yang memerlukan..
ReplyDelete