Selamat bersidang kepada semua perwakilan yang telah terpilih ke Persidangan kali yang ke 60...Tentunya persidangan kali nin membawa erti yang begitu besar kepada semua ahli kerana banyak perkara yang akan dibincangkan dan banyak juga saranan/idea yang bakal dikemukakan.Semoga segalanya akan bakal menjadikan UMNO terus releven dan menjadi payung kepada umat MELAYU,AGAMA ISLAM dan juha kepada keseluruhan warga Malaysia tercinta...
Cuma apa yang menjadi harapan kami ahli marhaen ini adalah biarlah perwakilan bahagian yang telah terpilih ini dapat menjalankan tugas dan amanah yang terpikul di bahu...Penghayatan dan semangat yang tinggi dalam sama-sama berbincang dalam usaha mencari sesuatu yang boleh membaik kerosakan PERSEPSI yang telah dilakukan pakatan pembangkang terhadap parti yang kita sayangi ini.Jangan hadir di persidangan hanya sebagai penumpang...hanya sekadar ingin bergaya dengan pakaian masing-masing...Ini amat merugikan...
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah bila ramai diantara perwakilan yang berada di luar dewan ketika mesyuarat di jalankan....di cofee house...gerai2 malah yang lebih buruk lagi berpeleseran di shopping complek berhampiran PWTC...Dengan pakaian rasmi dan tanda nama yang dipakai,tanpa segan silu mereka ini melepak di sana sini...Inikah dia perwakilan yang kita harapkan dapat menyumbang sesuatu....?Tiada apa yang dapat mereka sumbangkan melainkan memalukan UMNO sahaja...kerana gelagat mereka ini sudah tentu diperhatikan oleh bangsa-bangsa lain.
Rasanya kemenangan besar UMNO/BN dalam PRK BAGAN PINANG masih lagi segar...Sudah tentu ianya bakal menjadi pemangkin kepada seluruh jentera parti dalam usaha menarik semula sokongan masyarakat terhadap parti kita...Kepada para pemimpin dan jawatankuasa disetiap peringkat,diharapkan terus berusaha dan proaktif dalam usaha mendekati pengundi dan ahli dengan pendekatan mesra rakyat sesuai dengan slogan RAKYAT DIUTAMAKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Mari kita bersama-sama merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian dan menepati kehendak rakyat...tidak perlu program mega/megah....asalkan rakyat benar-benar merasa akan kehadiran kita dan mereka juga merasa yang mereka ini adalah sebahagian dari kita...Jangan hanya menunggu VVIP ada di kawasan,barulah berlumba-lumba kita menunjuk muka....rakyat sudah muak dengan semua ini...mereka mahukan agar kita sentiasa turun padang.....bukan hanya pada waktu dan keadaan yang tertentu sahaja...
MARI BERSAMA LAKSANAKAN PERUBAHAN....
No comments:
Post a Comment