Persidangan UMNO kali ke-60 telah berakhir...Pindaan perlembagaan UMNO telah dipersetujui dengan sebulat suara..pelbagai idea dan buah fikiran dilontarkan...Segala kehendak dan kemahuan akar umbi telah disuarakan oleh pembahas dari negeri-negeri...Semuanya mahukan PERUBAHAN atau bahasa modennya TRANSFOMASI.....
Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan telah menyatakan kepada anggota perwakilan tentang betapa pentingnya semangat KESUKARELAWAN di kalangan seluruh ahli UMNO disubur kembali dan menjadi budaya dalam masyarakat UMNO khasnya...TETAPI semangat ini kelihatannya sudah pudar dan sukar dilihat dalam UMNO sejak kebelakangan ini...
Sekarang ini semua program yang dilakukan sudah dimasukkan unsur-unsur komersil...kebanyakan diurus dengan wang ringgit...walaupun program tersebut boleh dilakukan secara murah melalui konsep sukarela/gotong-royong...
KEMUNGKINAN...dengan mengkoperatkan program kepada pihak tertentu akan lebih memudahkan cara tapi kesannya adalah nilai penghayatan dan sayangkan parti akan semakin luntur dikalangan ahli...malah yang lebi buruk bakal ada segelintir pihak yang akan mengaut keuntungan daripada program tersebut...
Untuk menyubur kembali semangat KESUKARELAWAN ini di kalangan ahli-ahli UMNO ini,semua pihak harus berganding bahu...bermula dari pemimpin sehingga ke ahli biasa...Pemimpin besar/kecil pula janganlah begitu kelihatan elitis apabila turun ke akar umbi...Kadang-kadang pergi ke program gotong-royong dengan berpakaian ala-ala nak bermesyuarat...Ini sudah tentu menimbulkan rasa jengkel di kalangan rakyat bawahan...
Apa yang paling penting adalah RANGKA KERJA ataupun rancangan tahunan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun...Jangan pula aktiviti MEE SEGERA dilakukan disesuatu kawasan tanpa ada perbincangan /mesyuarat dengan masyarakat setempat...Sebolehnya segala urusan dilakukan secara gotong-royong...kurangkan aspek komersil dan tambahkn nilai bekerjasama...
Memang tidak dapat kita nafikan sekarang ini UMNObegitu kelihatan LESU...Jawatankuasa yang dipilih kelihatan seakan tidak berfungsi,tidak proaktif dan maaf cakap ...lebih memikir bagaimana untuk menambah kantung...sedangkan sepatutnya sebahagian isi kantung yang diperolehi melalui saluran UMNO ini dipulangkan semula kepada rakyat dengan menyumbang sebahagian kecil kepada program-program yang bakal dijalankan...Jangan pula kita dilihat terlalu membeli KEMEWAHAN hasil daripada penglibatan kita dalam politik...Kalau ini terjadi kita bukan sahaja di benci oleh pembangkang...percayalah...kita juga akan dijauhi oleh ahli UMNO sendiri...
Ayuhlah wahai barisan pemimpin besar/kecil....marilah kita sama-sama turun ke akar umbi...jangan hanya kita tahu bermesyuarat sahaja..rapatkan diri kepada masyarakat,laksanakan apa yang terpikul di bahu...biar ahli dan masyarakat merasai kewujudan kita,kewujudan UMNO....Barulah parti kita ini aka terus menjadi payung kepada masyarakat dan pembangkang pun tidak lagi boleh perlekeh/perleceh parti kita.Semoga dengan seruan YAB Presiden parti akan dapat mengubah parti UMNO kepada sebuah parti yang benar-benar berjiwa rakyat..
KURANGKAN LAGAK LEBIHKAN USAHA..
betul kata tun mahadhir....dalam buku malay delima
ReplyDelete