Mengambil kesempatan atas kehadiran YB.Dato'Ahmad Maslan ke daerah Rompin kerana merasmikan Perumahan Warga Felda(PWF) maka satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Rompin...Majlis telah di adakan di Balai Raya FELDA Keratong 5.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YB TYT DSJJ,YB Dato'Haji Mohamad Sahfri,ADUN Ibam,YH Dato'Hassan Arifin,Ketua Wanita dan Ketua Puteri Bahagian.. Dalam taklimat ringkasnya YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu telah menyatakan tentang beberapa perkara,antaranya;
a,pindaan perlembagaan UMNO
b,program SPSB
c,perkembangan semasa politik negara
d,sesi soaljawab..
Penyampaian yang mudah,ringkas dan jelas itu sesungguhnya merupakan satu input yang amat berguna kepada yang hadir untuk disampaikan pula kepada akar umbi nanti..
Namun,apa yang menjadi kemusykilan kepada saya selaku pemerhati yang tidak berjawatan adalah atas kehadiran yang kurang memberangsangkan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian dari semua entiti,pemimpin UMNO cawangan yang berdekatan..Adalah amat merugikan kerana kesempatan keemasan ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat info secara terus daripada Ketua Penerangan Umno Malaysia ini..
Sepatutnya sistem penyampaian maklumat di UMNO Bahagian hendaklah digunakan semaksima mungkin bagi memberitahu tentang program ini kepada mereka yang terbabit..Inilah satu masalah yang harus segera dibaiki iaitu sistem penyampaian maklumat yang begitu lemah dalam memberikan info terbaik kepada akar umbi secara segera.
HARUS diingat,bukan satu perkara yang mudah untuk membawa KETUA PENERANGAN UMNO Malaysia ke kawasan kita,kerana jadual yang begitu ketat,seharusnya kita manfaatkan sepenuhnya peluang keemasan ini.
PELUANG DATANG HANYA SEKALI....
Salam bro, bertuah Rompin didatangi Ketua Penerangan UMNO Malaysia......
ReplyDeleteTetapi, kawan dapat dengar rungutan pemimpin UMNO setempat, khusus Ketua Penerangan Cawangan, mereka langsung tidak dimaklumkan akan hal ini......
Siapakah yang patut dipersalahkan.....