Hari ini telah berlangsung majlis penyerahan kunci bagi pembeli rumah di Desa Keratong Indah di Gugusan Keratong..Majlis penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YB Dato'Ahmad Maslan..Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal FELDA..Turut hadir dalam majlis ini adalah TYT Dato'Seri JJ,YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz serta pegawai-pegawai kanan agensi berkaitan.
Segala penantian selama ini telah menjadi kenyataan..impian untuk memiliki rumah sendiri telah menjadi realiti...
Itulah berkat perjuangan generasi kedua ini yang secara berterusan menyuarakan hasrat mereka supaya dibangunkan kawasan perumahan telah didengari oleh pihak kerajaan khususnya FELDA...Terima kasih dari kami....
NAMUN...disebalik terbinanya PWF ini...ada lagi golongan generasi kedua yang hanya melihat dari kejauhan pembangunan ini tanpa dapat merasainya...Mereka ini adalah golongan yang tidak mampu membayar melalui bank...pinjaman tidak diluluskan atas alasan-alasan yang tertentu...Mereka ini sebenarnya golongan yang seharusnya mendapat kemudahan PWF ini kerana rata-rataya adalah generasi kedua yang tinggal di rancangan manakala pembeli yang mampu membeli ini adalah yang bukan golongan sasar...Ada yang membeli hanya kerana mampu dan menjadikannya sebagai asset sahaja...Ada juga pembeli yang tinggal di luar kawasan..
Untuk golongan yang tidak mampu membeli PWF ini satu alternatif harus di usahakan bagi memastikan nasib mereka juga turut terbela...MAKLUMAT LANJUT tentang program bagi membantu golongan ini telah pun saya paparkan dalam post saya yang terdahulu..
Kesan daripada terbinanya PWF secara berpusat ini adalah penghijrahan pembeli rumah ini ke kawasan perumahan...berlaku perpindahan pelajar,kekurangan pelapis di blok-blok rancangan,memalapkan ekonomi tempat tinggal asal...dan banyak lagi...Apa yang pasti berlaku ledakan peningkatan ekonomi di kawasan berhampiran PWF tersebut dengan perpindahan beratus pemilik rumah baru ini...
Itulah yang dikatakan dalam kegembiraan masih ramai lagi golongan sasar yang terus merintih dan mereka ini perlukan pembelaan segara agar tidak terus terpinggir hanya kerana mereka tidak mampu dari segi peraturan pembelian rumah oleh bank dan FELDA PROPERTIES..
FELDA...JASA DAN BAKTIMU DISANJUNG..
Salam bro, ini bermakna Mazlan Aliman terlalu banyak berbohong, FELDA tidak perihatin terhadap generasi kedua peneroka, selain membian rumah, pendidikan, ushawan dan berbagai kursus kemahiaran disediakan FEDLA untuk generasi muda, tetapi demi kepentingan ideologi politik sesat, Mazlan Aliman sangup memfitnah, menipu masyarakat FELDA yang diberi kemudahan hidup sempurna......
ReplyDeletememang....perbuatan tidak bertanggungjawab kalau mengatakan felda mengabaikan generasi kedua...apa yang perlu adalah penambahbaikan mana-mana yang perlu...semuanya perlu mengikut saluran yang betul...bukan dengan menjaja cerita sana sini...
ReplyDeleteMemerlukan rumah sewa di kawasan bandar tun abdul razak@keratong..sesiapa ada info pls pm me..urgent..
ReplyDelete