Bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang di seantero dunia...maka tidaklah boleh dilepaskan peluang untuk turut sama menyertainya...Segala cara penyampaian informasi terdahulu dirasakan sudah ketinggalan zaman...Maklumat berada dihujung jari dan boleh didapati dengan pantas dan berkesan...
Justeru, satu perjumpaan telah diadakan oleh UMB Pahang yang telah diadakan di Kuantan...Program tersebut telah turut di hadiri oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab.Aziz,Ketua Penerangan UMNO Pahang yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin dan Dato'Samsuddin Nawawi yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pahang...Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah turut menghantar seramai 6 orang peserta...
Pelbagai info menarik dan berguna telah disampaikan dengan cara yang santai dan berkesan terutamanya cara bagaimana menangani serangan virus pada komputer dan hal-hal yang berkaitan dengan kaedah dan teknik berkomunikasi berkesan melalui FACEBOOK..satu medium yang penting untuk menangkis dakyah pembangkang...
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan kesungguhan pihak UMB Pahang dalam menganjurkan progran seumpama ini yang ternyata memberikan banyak manfaat di samping dapat berkenalan dengan rakan-rakan Facebookers yang lain..Program ini akan dijadikan acara mingguan dan diadakan dicadangkan bergilir lokasinya bagi memungkinkan lebih ramai dapat menyertainya...
Adalah diharapkan para peserta kursus yang telah mengikuti kursus MEDIA BARU yang telah diadakan baru-baru ini akan segera mengadakan kursus dalaman peringkat bahagian masing-masing agar lebih ramai ahli dapat menyertai rakan-rakan yang lain dan pemantauan harus dilakukan secara dekat bagi memastikan TINDAK IKUT(follow up)program tersebut berjalan lancar...
BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH MAJU........
Tahniah....... UMNO Pahang melangkah kedepan untuk menyaingi blogger-blogger pro pembangkang dalam memaparkan kebenaran...... teruskan menulis untuk perjuangan sebenar menegakkan kebenaran UMNO.
ReplyDeleteJangan jadi sesetengah blogger-blogger kononnya dari UMNO, dibiayai UMNO tetapi masih takut dan bacul mengeluarkan pendapat serta pandangan bernas menangkis sebarang fitnah-fitnah yang dibuat pembangkang.....
Ank-anak muda semacam tuan dalam UMNO perlu tegas menangani blogger pembangkang yang sudah terlalu lama menyerap minda generasi muda dengan dakyah-dakyah songsang melalui media cyber. Keikhlasan menulis amat perlu sebagaimana yang dimiliki beribu-ribu blogers dari pembangkang, jangan kerana upah atau apa sahaja baru hendak menulis.....
tq ...atas semangat...sekarang ini pun kita sudah mula menggerakkan jentera cyber...telah timbul kesederan betapa penting media ini diguna untuk menangkis dakyah pembangkang..jika tiada halangan kita juga akan mengadakan pertemuan sebegini di kawasan kita..insyaallah saya akan inform tuan untuk turut sama memberi semangat kepada rakan2 yang lain..
ReplyDelete