Ekoran daripada demam cubcross yang sedang melanda di kawasan Keratong kebelakangan ini,sudah banyak bakal-bakal pelumba menyiapkan jentera masing-masing...Pasaran bagi motorsikal jenama Suzuki RG laris bagai pisang goreng..kerana model itu yang dikatakan paling sesuai untuk diubahsuai bagi dijadikan jentera cubcross..
Ekoran dari itu,satu mesyuarat bersama pemuda/belia yang berminat dengan aktiviti lasak ini telah pun diadakan di Wisma JKKR Felda Keratong 1...Satu kelab motorsikal lasak telah pun ditubuhkan dan kelab ini bernaung di bawah Persatuan Belia Keratong Satu..
Sebelum itu satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak yang berkenaan bagi mengenalpasti kawasan yang sesuai bagi dijadikan litar motorcross/cubcross..Kawasan yang dicadangkan adalah kawasan bersebelahan dengan Sekolah Agama Al Hasanah yang dahulunya adalah tempat pembuangan sampah..
Satu gotong-royong yang disertai ahli kelab yang baru ditubuhkan telah diadakan bagi membina litar tersebut.Tujuan utama gotong-royong ini diadakan adalah bagi menyemai perasaan sayang (sense of belonging)terhadap litar yang mereka bina atas inisiatif mereka itu.Masing-masing bekerja dengan penuh semangat..
Adalah diharapkan dengan adanya litar seumpama ini nanti akan dapat mengurangkan gejala rempit di samping dapat menunjukkan bakat mereka melalui cara yang betul...
Para ahli juga diberikan ingatan agar menjaga disiplin mereka semasa menggunakan jentera mereka bagi menjaga nama baik kelab yang baru ditubuhkan ini.Semoga segala usaha mereka ini akan mendapat perhatian dan bimbingan daripada pemimpin masyarakat setempat dan juga masyarakat...
KALAU BAIK KITA...BURUK PUN KITA JUGA...
Salam bro, tahniah kepada para belia Keratong 1 dapat menwujudkan persatuan cubcross.....
ReplyDeleteTapi, kawan nampak ada sorang tu, rokok mencuking kat mulut sambil menunggang.......
yg tu ka...belakon utk action je tu...x sempat nak buang...hehe...apapun tq...
ReplyDeletesemoga para pelumba utamakan kslamatan ketika beraksi,mklum la klw jdi apa2,nti org2 lama felda ni suka menuding kpd gen2.
ReplyDelete