Sebagai mana yang kita maklum,Ahli Parlimen Rompin iaitu YB TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis telah pun menjalankan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat..Cakap-cakap politik nakal sebelum ini memperlekeh warga Rompin dengan menyatakan dengan jarak ribuan kilometer dari tanahair tentulah susah untuk bertemu dengan rakyat..
Namun, dengan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada masakini...keadaan tersebut bukanlah satu masalah yang besar...Melalui SKYPE...warga Rompin dan Ahli Parlimen mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan penuh mesra dan santai...
Justeru,dalam program penyampaian bantuan berupa beg-beg sekolah dan t'shirt yang telah diadakan di Sek.Keb.LKTP Keratong 4..TYT DSJJ telah beramah mesra kepada ibubapa dan para pelajar Tahun 1 Tahun 2010...
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Rompin iaitu Puan Hajjah Fatimah bt Awang,Guru Besar Kelompok BTAR,Pemimpin masyarakat dan para ibubapa kepada 280 pelajar Tahun 1 yang bakal memulakan persekolahan pada minggu hadapan...
TYT DSJJ juga sempat berbual mesra dengan 2 orang pelajar terlibat selain menjawab beberapa masalah yang telah diutarakan oleh ibubapa pelajar yang hadir..
Dalam ucapan ringkasnya Ahli Parlimen Rompin itu telah menasihatkan para ibubapa supaya mengambil serius akan pendidikan anak-anak kerana dengan ilmu pengetahuan sahajalah yang akan dapat menjamin masa depan yang lebih cerah dan kehidupan yang lebih baik.Beliau akhirnya merakamkan ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua pihak sehingga membolehkan program yang diadakan ini dapat dijalankan dengan jayanya...
Salam geng, tahniah dengan kejayaan program... banyak orang tak tahu zaman ni yang jauh jadi dekat, yang dekat lagi dekat....... itulah kelebihan IT, walau jauh MP Rompin tetap bersama masyarakat di Rompin..... syabas....
ReplyDeleteTahniah Bro Taj....Warga Rompin diberi peluang dan ruang utk menikmati kemudahan yang sedia .Supaya ia dapat diterima pakai sebaik mungkin utk manfaat kita bersama.... Teruskan Usaha..
ReplyDelete