Dalam meluapnya kemarahan umat Islam seluruh negara atas keputusan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain baru-baru ini,pelbagai lapisan masyarakat yang beragama ISLAM telah merasa amat marah dan merasakan kesucian agama ISLAM telah mula dipersendakan..
Serentak dengan itu,pelbagai pihak telah mengadakan demo aman bagi meluahkan perasaan marah yang amat sangat dan mendesak supaya jangan lagi cuba meniup api kemarahan umat ISLAM dan menyeru semua pihak yang berkaitan agar menghormati adab beragama dan memelihara keharmonian hidup masyarakat Malaysia yang berbilang agama sesuai dengan kedudukan agama ISLAM sebagai AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA..
Justeru,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah turut sama mengadakan bantahan dan demo aman yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Felda Selancar 4&5..Bantahan ini telah disertai oleh lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada ahli pemuda Umno Bahagian Rompin,Pemimpin Masyarakat sekitar dan para belia digugusan Felda Selancar.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin iaitu YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah turut sama hadir dan mengetuai bantahan aman tersebut.Laungan TAKBIR...ALLAHUAKBAR dan sepanduk tentang bantahan meluahkan apa yang terbuku hati dan perasaan para pemuda dan para belia yang terlibat dengan demo aman ini..
Allah hu Akbar..........sesungguhnya sebagai umat Islam, kawan sungguh terharu dengan semangat serta kepaduan menentang sebarang penghinaan........ tahniah dan syabas PPU Bahagain Rompin...........
ReplyDelete