Dengan majlis perasmian berkelompok yang telah dilakukan oleh kepimpinan tertinggi diperingkat bahagian maka bermulalah persidangan yang akan dilakukan oleh cawangan-cawangan.dengan pemantauan oleh mereka yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab..Kali ini adalah persidangan biasa memandangkan pemilihan telah pun ditangguhkan..maka ia pastinya berlaku dalam suasana aman damai...
Namun,apa yang ingin diperkatakan adalah sejauh mana amanah dan tanggungjawab yang terpikul dibahu kita telah berjaya kita laksanakan..Apakah KPI kita telah disemak semula...tercapaikah?
Atau kita masih berada dalam sindrom syok sendiri?Masih mengamalkan sikap berpuak-puak dalam setiap tindakan dan langkah yang kita lakukan..masih memikirkan bahawa kita sahaja yang betul dan layak menjalankan urusan parti...meminggir rakan lain..atau cuba memperlihat bahawa kita sahajalah yang bekerja atau memperlihat diri begitu sempurna di kalangan pemimpin untuk menerima pujian dan habuan ...mungkin...
Kadangkala kita dilihat begitu bersemangat dan sibuk mengurus sesuatu yang berada di luar kawasan kita...PRK umpamanya...sanggup membelanjakan wang yang bukan sedikit..masa dan tenaga...namun apakah perkara tersebut tetap dan telah kita lakukan di kawasan sendiri..cuba kita bilangkira berapa program telah terlaksana..Atau semangat bersungguh selepas PRK ,Persidangan Agong,Konvensyen telah kita transfomasikan di kawasan?
Sikap tidak menghormati pemimpin tertentu dan hanya berkiblatkan pemimpin tertentu juga merupakan satu fenomena negatif yang harus dikikis dari terus mewarnai senario politik setempat..Kadangkala sesuatu program yang disusun cuba memperlihat siapa hebat dan meminggir pihak tertentu...untuk apakah semua ini..sehinggakan terdengar dicuping telinga semacam ada perbalahan dikalangan pemimpin yang sebenarnya tidak pun berlaku..
Bukan berhajat atau berniat untuk memburuk sesiapa,jauh sekali hasad dengki tapi atas dasar sayangkan perjuangan parti demi agama,bangsa dan negara...marilah kita melihat kembali segala tindakan yang terlihat tergelincir dari landasan..mari berpadu tenaga..bersama dalam apajua situasi bagi menjamin keutuhan perjuangan kita selama ini yang sedikit dilihat longgar dan layu tidak bersemangat...Moga kita akan kembali kukuh bersama dan bersatu dan saling bekerjasama antara satu sama lain..Walllahualam..
No comments:
Post a Comment