Bumi Keratong dan DUN Bukit Ibam khususnya amat bertuah pada hari ini kerana telah dikunjungi oleh KDYMM Sultan Pahang ..melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Dewan BTAR,Balai Raya Kampung Rekoh.
Baginda telah diberi taklimat mengenai operasi banjir oleh Tuan Pegawai Daerah dan baginda juga telah mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan dan memerlukan penjelasan terperinci.
Baginda juga turut menemui mangsa-mangsa banjiruntuk bertanyakan khabar berita selain melawat kawasan penyediaan makanan.Seterusnya baginda telah berkenan melawat mangsa banjir di Kampung Rekoh dan beramah mesra dengan penduduk.
Ternyata KDYMM Sultan amat prihatin dan mengambil perhatian akan kebajikan rakyat jelata.Bagi pihak rakyat jelata,patik ingin merakan ucapan jutaan terimakasih atas kunjungan ini yang ternyata dapat meringankan bebanan kerana baginda telah bertitah supaya kebajikan rakyat mesti menjadi keutamaan oleh semua jabatan kerajaan yang berkaitan..
RAJA PAYUNG RAKYAT JELATA..
No comments:
Post a Comment