Sebaik sahaja mendapat berita tentang seorang pemuda yang menghadapi penyakit kronik,satu ziarah prihatin telah dibuat bagi melihat sendiri keadaan dan penderitaan pesakit.Pesakit adalah seorang pemuda dari 632 FELDA Keratong 1,iaitu Shamsul Khairi bin Sulaiman.Ternyata kehadiran rombongan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam serta rakan pemuda UMNO telah disambut dengan rasa kesyukuran atas keprihatinan pemimpin dan masyarakat atas penderitaan yang dialami.Satu temujanji telah dibuat kepada Doktor Pakar Kuantan Medical Centre bagi mengenalpasti penyakit dan rawatan yang bersesuaian agar penyakit tersebut dapat diubati.Sehingga berita ini ditulis,diberitakan pesakit telah pun dihantar ke KMC untuk pemeriksaan pakar dan rawatan segera.Semoga semuanya akan dapat dirawat dan pulih seperti sediakala.
BERAT MATA MEMANDANG
No comments:
Post a Comment