Sebagaimana tahun-tahun yang lalu,program penyampaian sumbangan kepada warga yang memerlukan telah diadakan bagi Gugusan Keratong bertempat di Dewan Orang Ramai BTAR.Antara golongan penerima adalah warga emas,saudara baru,anak yatim dan ibu tunggal.Majlis juga adalah bersempena dengan kedatangan Ramadhan dan pembayaran zakat oleh Kumpulan TDK SDN.BHD dan SAWIRA.Turut hadir dimajlis ini adalah Ahli Parlimen Rompin,TYT DSJJ dan juga YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata penerima yang ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan ini dan ini membuktikan bahawa slogan Rakyat di Dahulukan bukan hanya rektorik dan seharusnya diterima baik oleh rakyat dan tidak terpedaya dengan janji-janji kosong pihak yang tidak bertanggungjawab.Masyarakat juga berharap agar lebih banyak program mengutamakan rakyat,dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung ekoran daripada kenaikan harga barangan walaupun harga komoditi sawit masih berada pada tahap yang baik.
USAHA MURNI MENJIWAI RAKYAT
USAHA MURNI MENJIWAI RAKYAT
No comments:
Post a Comment