Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah telah berjaya dengan meriahnya pada Jumaat yang lalu.Segala persiapan dilakukan secara bergotong royong oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.
Seekor lembu telah ditumbangkan untuk dijadikan hidangan jamuan.Para tetamu yang hadir disambut mesra dan keadaan ini dapat merapatkan hubungan antara masyarakat dengan pihak sekolah sesuai dengan konsep Memasyarakatkan Sekolah.Sempena dengan itu juga program penutupan Bulan Kemerdekaan juga dilangsungkan di dewan sekolah.Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan kepada YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang telah menyumbangkan seekor lembu dan sebuah komputer untuk kegunaan pihak sekolah.
KEMAAFAN DIPINTA ,TANGAN DI HULUR
No comments:
Post a Comment