Bersempena dengan Program Mesra Rakyat dan Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke BTAR,maka pelbagai program telah disusun untuk dilaksanakan.Antaranya adalah karnival permainan dan kejohanan motocross telah diadakan.Penyertaan dikalangan anak muda adalah amat memberangsangkan.Hadiah yang ditawarkan adalah menarik.Selain daripada mendapat peluang untuk mengejar kemenangan dan hadiah,program seumpama ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang sihat dan bebas daripada gejala yang tidak sihat.Kehadiran YB TYT DSJJ,selaku Ahli Parlimen Rompin juga memberikan semangat kepada para pemain dan merapatkan hubungan antara pemimpin dan golongan muda.Semoga selepas ini akan ada lagi program lain yang bersesuaian demi memberikan ruang dan peluang generasi muda beraktiviti dan membina daya kepimpinan mereka disamping melahir semangat kerjasama.Bagi pihak generasi ini,terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merancang dan melaksana program karnival permainan dan kejohanan motocross.BELIA SIHAT,MASYARAKAT SEJAHTERA.
Wednesday, October 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment