SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Monday, June 27, 2011

ZIARAH DAN AMBIL BERAT KESUKARAN MASYARAKAT...


Sebaik sahaja mendapat berita tentang seorang pemuda yang menghadapi penyakit kronik,satu ziarah prihatin telah dibuat bagi melihat sendiri keadaan dan penderitaan pesakit.Pesakit adalah seorang pemuda dari 632 FELDA Keratong 1,iaitu Shamsul Khairi bin Sulaiman.Ternyata kehadiran rombongan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam serta rakan pemuda UMNO telah disambut dengan rasa kesyukuran atas keprihatinan pemimpin dan masyarakat atas penderitaan yang dialami.Satu temujanji telah dibuat kepada Doktor Pakar Kuantan Medical Centre bagi mengenalpasti penyakit dan rawatan yang bersesuaian agar penyakit tersebut dapat diubati.Sehingga berita ini ditulis,diberitakan pesakit telah pun dihantar ke KMC untuk pemeriksaan pakar dan rawatan segera.Semoga semuanya akan dapat dirawat dan pulih seperti sediakala.







BERAT MATA MEMANDANG

Monday, June 13, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN DAN PENTAS PEMUDA..

Alhamdulilah,Mesyuarat Perwakilan Ppu Rompin dan juga Pentas Pemuda telah selamat diadakan pada 11 Jun 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin,selain televideo conference bersama TYT DSJJ secara terus dari USA.Persidangan berjalan lancar dan juga dengan disertai oleh beberapa acara sampingan yang lain sebagai merakyatkan UMNO dikhalayak masyarakat.Antara aktiviti sampingan itu adalah pertandingan Autoshow,Pameran oleh Santai Cycling Team,Sepaktakraw dan juga petanque.Banyak cadangan,luahan dan pandangan bernas telah diutarakan dan ianya akan diambil perhatian serius oleh PPU Rompin.Pentas Pemuda yang merupakan pidato penutup yelah disampaikan oleh Sdr Lokman Noor,EXCO PPUM yang juga merupakan bekas tahanan ISA.Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama jitu dalam memastikan mesyuarat perwakilan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar.Jasamu dikenang...

Thursday, June 2, 2011

MASYARAKAT PRIHATIN,PENDEDAHAN DAN PENDIDIKAN GOLONGAN MUDA...

Bersempena dengan Peogram Jejak Aspirasi Pesakit Kronik yang diselia oleh SERANTA FELDA di sekitar Felda Keratong 1 dan 5,penglibatan generasi muda adalah amat membanggakan.Di sinilah penerapan nilai murni kepada golongan muda dapat disemaisubur apabila mereka turut mengambil bahagian secara langsung dalam program tersebut.


Turut sama hadir dalam program tersebut adalah YB Dato;Mohamad Sahfri Ab Aziz,serta pemimpin masyarakat yang lain.Program ziarah pesakit kronik ini dilaksanakan secara berkala dimana permasalahan pesakit tersebut dikenalpasti untuk diselesai selain daripada menyampaikan sedikit sunbangan.Beginilah yang sepatutnya dilaksanakan dengan memberikan ruang dan peluang generasi muda dalam memdepani masalah masyarakat dan ini menjadi bekalan dan pengalaman berharga kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masyarakat suatu ketika nanti.Pesakit dan ahli keluarga yang ditemui ternyata gembira dengan program yang diadakan sesuai dengan slogan Rakyat didahulukan.


MASYARAKAT PRIHATIN GENERASI SEJAHTERA..

Sunday, May 22, 2011

PENDIDIKAN DIUTAMAKAN..BANTUAN DISALURKAN..

Dalam memastikan anak-anak dapat meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading,dengan kerjasama pelbagai pihak,UiTM telah memberikan peluang kedua kepada mereka yang gagal untuk pengambilan pertama.Bertempat di dewan SMK Keratong 2 telah diadakan majlis penyerahan surat tawaran kepada pelajar yang berjaya serta penyerahan insentif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang.Turut Hadir di majlis tersebut adalah Setiausaha Sulit Kepada TYT DSJJ,Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata pelajar dan ibubapa yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dengan keprihatinan pelbagai pihak dalam memastikan anak-anak mendapat peluang pembelajaran hingga ke peringkat tertinggi.Dengan bantuan berupa insentif kewangan kerajaan akan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung dalam suasana ekonomi sekarang ini terutamanya bagi masyarakat yang berpendapatan rendah.




PEMBELAJARAN DIUTAMAKAN KEBAJIKAN DIJAGA..

Tuesday, May 10, 2011

KOMUNITI SIHAT...MARI BERBASIKAL...

Dalam era masa di mana kebanyakan ahli masyarakat sudah mula berbicara tentang menjaga kesihatan badan,maka berbasikal adalah merupakan salah satu daripada pilihannya.




Sekarang ini di Keratong,aktiviti berbasikal seakan sudah menjadi satu fenomena apabila semakin ramai yang menjadikan aktiviti ini sebagai riadah mereka.

Dengan nama BtAR Cycling Comunity,keahliannya semakin bertambah dan mula menjadi sebutan ramai.Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menyertai Jamboree selain kayuhan biasa setiap petang.

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah meluangkan masa beramah mesra dengan ahli kumpulan ini dan meluluskan peruntukan bagi kelab ini membeli jersey pasukan.Terimakasih dari kami atas keprihatinan YB Dato'..

MASYARAKAT SIHAT NEGARA SEJAHTERA

Tuesday, April 26, 2011

KAEDAH EFEKTIF MEMBERI PENERANGAN...GERAKMESRA..

Memang bukan satu perkara yang mudah untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat hari ini,golongan peneroka khususnya yang seringkali dihidangkan dengan pelbagai maklumat dari sumber yang salah.Keadaan sebegini telah hampir meruntuhkan semangat kekeluargaan yang telah terbina sekian lama.



Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh,menyebarkan dakyah dan tohmahan terhadap pemimpin dan pengurusan Felda yang telah terbukti menjadi payung kepada mereka selama ini.


Program Gerakmesra anjuran pihak pengurusan Felda adalah merupakan satu langkah bijak dalam memberikan informasi tepat kepada peneroka.


Peneroka diagih kepada beberapa kumpulan kecil dan berhimpun dirumah peneroka terpilih di mana pengurusan FELDA secara berkumpulan akan berhadapan dengan kumpulan tersebut bagi menjawab dan memberikan penerangan tentang masalah yang dibangkitkan oleh kumpulan tersebut.


Borang aduan khas juga disediakan agar peneroka-peneroka tersebut bakal mendapat jawapan secara bertulis bagi setiap masalah yang mereka hadapi...

Moga dengan adanya program seumpama ini akan dapat menangkis segala dakyah pihak tidak bertanggungjawab selain pemeroka mendapat penjelasan dan penerangan secara pantas..


DEKATI MASYARAKAT SELAMI MASALAH..

Wednesday, April 6, 2011

JELAJAH KENYIR...PROGRAM 2 DALAM 1...






Sebagaimana yang telah dirancang,satu trip melibatkan pemuda/belia Keratong 1 telah ke Kuala Berang untuk Program Jelajah Tasik Kenyir.Ternyata semua peserta begitu teruja untuk menunjukkan kemahiran masing-masing yang telah diasah selama ini..

Menaiki 2 bot daripada Jeti Janakuasa TNB Kuala Berang dan perjalanan ini mengambil masa selama kurang lebih 4 jam setengah.

Apa yang menarik ialah persefahaman antara peserta dalam mengatur aktiviti termasukkah mengurus tempahan bot,permit masuk dan penyediaan makanan di sepanjang trip berlangsung.Semuanya dilakukan secara gotong-royong dan ini sedikit sebanyak melatih diri mengurus program supaya semuanya berjalan lancar.

Kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang meluangkan masa menyusul menemui peserta menambahkan lagi semangat anak-anak muda ini.

Taklimat ringkas juga diberikan berupa nasihat dan pandangan beliau agar para peserta dapat memupuk jati diri di samping menjauhkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat.

Bagi pihak peserta trip ini,ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dan komitmen sehingga program ini dapat berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya.

TERIMAKASIH DAUN KELADI..

SAY NO TO REMPIT...BERSAMA MEMAIN PERANAN..






Gejala rempit yang sentiasa membingungkan masyarakat bukan sahaja merugikan usia remaja malah yang lebih parah melibatkan kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.Pelbagai lapisan masyarakat menyuarakan kebimbangan mereka dan mahukan masalah sosial ini ditangani sebaik mungkin supaya generasi muda dapat dibimbing menjadi insan yang berguna.

Justeru,KMB(Keratong Muadzam Bikerz) telah menyahut seruan ini apabila mengambil bahagian dalam Kempen "Say No To Rempit" anjuran JPN Pahang dan PPD Rompin bertempat di SMK Perantau Damai..

Seramai 17 orang bikers telah menyertai program kali ini dan antara pengisian yang dibuat adalah ceramah,tayangan slaid dan kuiz.Ceramah telah disampaikan oleh Sdr.Othman Ghafar yang juga merupakan Marshall Kebangsaan..

Semoga program seumpama ini akan dapat memberikan sedikit kesedaran kepada golongan muda yang telah terjebak dan menjadikan sukan permotoran sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Terimakasih jua kepada pihak yang telah menjemput KMB ke program sebegini dan besarlah harapan agar ianya akan memberikan impak yang positif di samping ianya menjadi sebahagian daripada visi KMB...

REMPIT ...JAUHI SIKAP DEKATI REMAJA..

Friday, March 18, 2011

BANTUAN WANG IHSAN..RAKYAT DIDAHULUKAN..


Musibah banjir yang melanda kawasan rendah di sekitar Keratong baru-baru ini memang mendatangkan kesan yang besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat.Banyak harta benda dan barangan keperluan yang telah musnah.
Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan,bantuan segera berupa yang ihsan telah disalurkan kepada semua mangsa yang terlibat bagi meringankan bebanan yang telah ditanggung.Pengagihan sumbangan ini telah diseliaurus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin.Turut sama hadir ke program tersebut adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Kampung -kampung yang terlibat dengan pemberian wang ihsan ini adalah Kg.Rekoh.Bukit Serok dan Kampung Aur.
Rata-rata penerima melahirkan perasaan gembira dan bersyukur atas pemberian ini dan berterimakasih atas keprihatinan kerajaan sesuai dengan slogan..Rakyat Didahulukan.Semoga dengan pembelaan seperti ini akan dapat meringankan sedikit bebanan yang telah merela alamai selama terlibat dengan musibah banjir tempohhari..

YANG BERAT KITA RINGANKAN...

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009