SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Tuesday, July 7, 2009

BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI…...











Selamat Hari Peneroka buat datuk(ALLAHYARHAM),Ayahanda ,mertua dan semua lapisan masyarakat peneroka di seluruh Malaysia..Aku menyambut sambutan di FELDA Maokil dari kejauhan sahaja kerana tugas dan tanggungjawab..

Di sepanjang usia mengenali rancangan(kata orang Johor),LKTP,dan Felda..ternyata banyak transfomasi yang telah berlaku..Daripada peneroka menebang sendiri hutan,membuat nurseri(Bilut)sehinggalah peneroka moden era 80 –an,kini FELDA telah ternyata telah banyak membawa perubahan demi perubahan kepada golongan peneroka yang dahulunya menang datangnya daripada golongan berpendapatan rendah…miskin tegar..ini kita kena akui..

Kalaupun ada peneroka yang katanya semakin terhimpit dan susah sejak menyertai felda..ini tidaklah dapat saya nak katakan apa-apa...Kalau ada pun mungkin kes terpinggir..(fikirlah sendiri).Aku pelik..dulu ada skim PPRT FELDA..

Daripada skim KPF,SIUF,PROJEK PELBAGAI..dan sehinggalah kepada pinjaman pengubahsuaian rumah,ternyata usaha Felda untuk menjadikan golongan peneroka FELDA sebagai Melayu Kelas Pertengahan sudah mula menampakkan hasil..

Aspek pendidikan amat dititikberatkan oleh FELDA..Asrama Semai Bakti,MRSM FELDA..skim tiusyen FELDA(STF) pelbagai latihan kemahiran secara usahasama..dlllll..telah banyak melahirkan generasi Felda yang berjaya..(rujuk Alumni AFKL).Pernah satu ketika GWGF ketika perhimpunan di UIA Gombak menyerahkan direktori anak-anak peneroka yang telah berjaya kepada Tun M yang ketika itu menjadi Perdana Menteri…jumlahnyabtentulah ramai..tanyakan saja pada Tan Sri Rozali Puncak Niaga..

Sistem hidup bermasyarakat juga adalah antara yang terbaik di MALAYSIA..Daripada Ketua Blok,Belia,GPW dan JKKR merupakan organisasi yang tersusun dan sistematik..Segala permasalahan,program,di rancang dan dilaksana secara bersama..

Dalam masa kejayaan demi kejayaan yang dicapai memang ada masalah yang timbul..ini dapat diatasi dengan menggunakan system dan saluran yang betul.

Program Edible garden yang menjana pendapatan tambahan.bandafeldajaya,perumahan warga felda (PWF),pertandingan kampong indah yang menawarkan hadiah lumayan..dan banyak lagi kemajuan yang telah dicapai(rujuk pamphlet yang dikeluarkan UNIT SERANTA FELDA).Aku merasakan semua ini adalah nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH..Aku amat bersyukur dan berbangga menjadi anak FELDA..

Justeru apabila ada pihak=pihak yang nakal mengatakan bahawa Felda menindas peneroka..melalui slogan ‘DULU TOLONG KINI AHLONG,FELDA KORPORAT PENEROKA MELARAT’ aku tak nampak di mana kewajarannya..seperti yang aku nyatakan tadi ,tiada sesuatu itu yang sempurna melainkan ALLAH..Dan golongan yang sering menjaja konon felda itu dan ini sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur ayas nikmat yang dikurniakan..Ibarat di beri susu dibalas tuba…

Akhirkata,semoga felda akan terus berkembang maju,menjadi kebanggaan orang MELAYU..akan terus menjaga kebajikan dan kepentingan peneroka secara holistic..Mari kita sedekahkan al fatihah kepada Allahyarham Tun Razak yang telah berjaya mencetuskan idea penubuhan Felda..AMIN…

FELDA…HANYA SATU DI DUNIA….

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WARGA FELDA…

3 comments:

  1. Slm..

    Aku bukan anak felda. Tetapi, apabila membaca sisipan akhbar Utusan pagi tadi, aku tumpang berbanga dengan kejayaan yg telah dikecapi terutama oleh anak-anak felda. Tahniah... aku tertarik dengan motto "Felda,hanya 1 di dunia". Alfatehah untuk Allahyarham Tun Razak...

    ReplyDelete
  2. wsalam.bagiku felda milik seluruh warga..menjadi lambang kejayaan negara mengubah cara hidup kepada yang lebih baik..

    ReplyDelete
  3. salam..

    selamat hari peneroka kepada semua warga malaysia..

    Bangga saya menjada salah seorang anak peneroka. Kalau dulu anak felda di pandang lekeh tetapi sekarang saya cukup berbangga atas nama FELDA.

    Atas hasil pendapatan dari usaha felda saya berjaya sampai sekarang ALHAMDULILLAH.

    Terima kasih FELDA.. Hanya Satu Di Dunia.

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009