Hujung minggu lalu,tanggal 4 Julai 2009 mertuaku,En.Yunus Ahmad dan Siti Aisyah Hj.Abd.Rahim menerima menantu..Persandingan adik iparku,Norazlinda dan pasangannya Mohd.Aris telah berlangsung dengan meriahnya..
Majlis khenduri dimeriahkan dengan kedatangan sanak-saudara jauh dekat.Lebih penting lagi atas pertolongan jiran tetangga ahli blok 20 Felda Keratong 2..Cik Bakri..Wali,Hassan..Mat..Pak Din dan lain-lainnya yang telah bekerja keras dalam memastikan majlis khenduri itu berjalan dengan lancar.
Ahli-ahli PERSAK turut sama datang menghulur tenaga melayan tetamu sehingga selesai jamuan..Budi dan jasa kalian amat kami sekeluarga hargai..Kehadiran PERSAK telah menjadi perbualan kami sekeluarga yang rata-rata bangga kerana PERSAK ternyata sebuah persatuan yang sepatutnya menjadi contoh kepada belia-belia di kawasan Keratong..Syabas..
Majlis persandingan ini turut dimeriahkan dengan dengan kehadiran YB Dato’ Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Beliau telah meluangkan masa untuk makan beradat bersama pasangan pengantin.Pasangan mempelai ternyata gembira dengan kehadiran tetamu yang tidak dijangka itu.
Akhir kata saya bagi pihak keluarga mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli blok 20,sanak saudara ,jiran tetangga dan sahabat handai dalam menjayakan kenduri adik ipar saya..
JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT….
No comments:
Post a Comment