rogram Edible Garden yang telah dilancarkan sebelum ini boleh dijadikan batu loncatan atau perintis kearah mencapai tujuan menjadikan Felda sebagai gedung makanan..Dengan keluasan kawasan..tenaga warga felda di seluruh Negara dan system yang berkesan merupakan satu kelebihan yang boleh dimaksimumkan..
Namun,setelah ianya dilaksanakan,terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki dan ianya ternyata merencatkan pencapaian objektif sebagaimana yang telah disasarkan..
ANTARANYA;…..
1.Benih/variety yang dibekalkan kepada peneroka ada yang tidak seperti yang dinyatakan…
2.Anak benih yang di bekalkan juga kadang-kadang tidak begitu sihat..tidak subur danmasih kecil..masalah untuk penjagaan..
3.Sistem pengawasan,pemantauan yang tidak menyeluruh daripada pihak pengurusan rancangan..mungkin kekangan kakitangan dan masa..
4.Kurang pengetahuan dan maklumat di kalangan peneroka tentang system urus pertanian yang berkesan.Taklimat dan ceramah perlu diadakan dari semasa ke semasa oleh agensi yang berkaitan..terutama dari segi penjagaan,pembajaan dan racun makhluk perosak..
5.Sistem pemasaran yang kurang efektif.Daripada respon yang diterima kebanyakannya menyatakan harga belian yang ditawarkan rendah berbanding harga di pasaran.Maka wujudlah peraih-peraih persendirian yang muncul dan membeli hasil tanaman dengan harga yang sedikit tinggi.Peneroka pula tidak perlu menghantar hasil tanaman ke pusat pengumpulan yang diwujdkan oleh pihak Felda..jimat masa dan tenaga..
6. Dalam hal ini sepatutnya persatuan belia di rancangan boleh memainkan peranan dengan menjadi peraih..memetik,mengumpul dan menimbang sendiri dan menjual semula di pasar dengan harga yang berpatutan.Boleh mendapat pendapatan dan mengisi kantung persatuan..
Sekiranya kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki dan ditangani dengan baik saya percaya hasrat PM mahu menjadikan Felda sebagai gedung makanan akan dapat dicapai,pokoknya semua pihak perlu berganding bahu,gembleng tenaga kearah mencapai hasrai murni ini.
TRANSFOMASIKAN SLOGAN…
Peneroka Felda mendapat manafaat dari usaha Kerajaan dan felda ini...
ReplyDelete