Semalam seharian aku duduk di rumah..ada waktu yang terluang aku melayari internet..menziarahi blog2 sahabat..Tiba-tiba terpandang olehku artikel oleh sahabat di Kota Gelanggi..yang ceritanya berkisar tentang koperasi di tempatnya yang katanya sedang nazak..begitu juga tentang cerita di Chini 4..invois koperasi yang mencurigakan..
Sekarang ini,cerita tentang koperasi nazak dan ada yang lingkup telah berlaku dan dialami oleh kebanyakan koperasi di rancangan tanah felda..bukan tiada yang berjaya..tapi percayalah..jumlahnya boleh dibilang dengan jari..Bahkan ada koperasi yang dahulunya terkenal sebagai koperasi terbaik namun sekarang ini telah tinggal nyawa2 ikan..
MENGAPAKAH INI TERJADI????
1.Mungkin ALK yang dilantik itu memang tidak berkeupayaan untuk memegang amanah menguruskan sesebuah koperasi.Ini berpunca daripada kurangnya ILMU BISNESS di kalangan mereka yang telah terlantik..
2.Tidak mempunyai hala tuju ‘CORE BUSINESS’ yang boleh menjana pendapatan koperasi..sepatutnya sekarang ini ditumpukan pada bisnes yang berkaitan dengan ladang sawit..tetapi sekarang ini terdapat terlalu ramai kontraktor luar yang mengaut untung besar..sedangkan koperasi tidak memainkan peranan..
3.Ada di kalangan ALK yang menjadikan jawatan yang di sandang sebagai sumber pendapatan dengan membuat pelbagai tuntutan dan elaun yang tidak masuk akal..
4.Pelantikan ALK kadang-kadang berdasarkan siapa yang ‘lantang bersuara ketika mesyuarat berlangsung sedangkan lantikan sepatutnya berdasarkan kebolehan..
5.Ahli koperasi hanya datang bermesyuarat semata-mata kerana wang insentif kehadiran dan bukannya bermesyuarat dalam erti kata sebenarnya. Mereka ini akan bermesyuarat di kedai-kedai kopi selepas itu.
6.Kebanyakan yang hadir ke mesyuarat agong adalah daripada golongan penerokawati yang kadang-kadang langsung tidak tahu apa-apa tentang perjalanan koperasi.
7.Masa bermesyuarat banyak dihabiskan dengan mencabut nombor bertuah (hamper) yang telah disediakan.
8.Kemungkinan besar berlaku ketirisan dalam system pengurusan koperasi itu sendiri.
Justeru sebaik sahaja selesai bermesyuarat maka persidangan kedai kopipun bermula. Ramai yang bercakap tentang itu dan ini.
Sudah sampai masanya sekarang ini undang-undang kecil koperasi dipinda bagi membolehkan Gen2 turut sama menjadi ahli bagi melahirkan idea-idea baru, tenaga baru.Dengan ini barulah penyuburan semula koperasi dapat dijalankan.
Mari kita bersama-sama menyumbang pandangan dan idea bagaimana koperasi-koperasi peneroka ini menjadi sebuah koperasi yang berjaya,memberikan manafaat terutamanya dalam menjana pekerjaan kepada Gen2.
RENUNG-RENUNG,FIKIR-FIKIR…………………………….
TEPAT sekali..dari segi hakikatnya ini lah nya berlaku sebenarnya. Datang mesyuarat kerana nak sign pastu dapat elaun kehadiran. Seolah-olah sudah menjadi adat resam mesyuarat koperasi.
ReplyDeleteDari segi perjalanan kerja nya masih kita ragui terutamanya dari golongan GEN2 sendiri.
Sudah tiba masanya Generasi Felda Kedua diberi peluang bagi bagi memperkasakan Koperasi felda untuk kebaikan bersama.
Perkara ini harus disuarakan dengan cepat takut ianya hanya jadi perbualan kedai kopi saja.
Artikal saudara tepat lagi benar.saya mohon izin artikal saudara saya ambil ....Saya sangat barharap pihak atasan dan yang ada hubung kait dengan koperasi membaca artikal ini ...
ReplyDeletetq,saya sekadar pemerhati yang memerhati dan berfikir..apa salahnya kita berkongsi pendapat..
ReplyDelete