SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Monday, June 29, 2009

ASYIK2 PECAH RUMAH..CURI MOTOR..CURI BUAH SAWIT..




Sejak kebelakangan ini cerita rumah kena pecah,kes ragut,motor hilang seringkali menjadi topik hangat di kalangan masyarakat felda..Dalam satu kejadian di tempat tinggalku ini pernah berlaku 6 kejadian pecah rumah dalam satu malam…menggambarkan betapa seriusnya dan betapa beraninya penjenayah2 ini..

Mengikut cerita2 kedai kopi kejadian ini didalangi oleh penagih2 dadah..dan pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki di tanah rancangan..Walaupun tangkapan demi tangkapan oleh pihak berkuasa namun kejadian ini masih lagi berlaku..

PERSOALANNYA..SELAKU ORANG AWAM APAKAH PERANAN KITA..

Di rancangan tanah felda memang ada pasukan RELA..Tapi mengikut pemerhatian saya kebanyakan mereka sekarang ini dari golongan yang berumur..yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan..tentunya pergerakan sudah mulai terbatas..apatah lagi kecergasan..Maka sudah tiba masanya golongan muda didekati dan digalak untuk sama menyertai RELA..Dan saya rasa ini bukan sesuatu yang senang jika kena dengan caranya..Ini adalah kerana selama ini pihak2 yang berkenaan sering memandang serong akan golongan muda belia ini..Kalau kita selaku orang tempatan sudah memandang buruk akan golongan muda ini…apatah lagi orang luar..

Banyak lagi cara untuk kita bergerak membantu pihak berkuasa dalam membanteras jenayah..melalui Rakan Cop,Rukun Tetangga dan sebagainya..Namun saya lebi berminat dengan Program Skim KEPOLISAN MASYARAKAT..Ini pernah ada di tempat saya beberapa ketika dahulu tetapi sekarang telah berkubur tanpa nesan..Entah mengapa aku npun tak tahu..
Melalui program ini setiap ketua peneroka (ketua blok) diminta membuat laporan mengenai sebarang maklumat yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa..Pihak berkuasa pula membentang kan indeks jenayah yang telah berlaku di sepanjang bulan..Rondaan bersama dilakukan mengikut keperluan..Pada masa itu ianya ternyata memberikan impak yang berkesan.Indeks jenayah dapat diturunkan..Perjumpaan,mesyuarat diadakan secara bergilir..Balai Polis..JKKR,Blok..

Seperkara lagi yang menjadi persoalan yang tak terjawab ialah mengapa sekarang ini FELDA SECURITY(FELSCO) tidak lagi menempatkan anggotanya di rancangan FELDA melainkan mengawal premis2 FELDA..sedangkan sewaktu waktu dahulu di setiap rancangan ada ditempatkan anggota..sewaktu itu aku masih lagi bersekolah..

Kesimpulannya,kampung kita adalah tanggungjawab kita…mari kita berganding bahu mengembleng tenaga bergerak memastikan keselamatan kampung bebas jenayah..

2 comments:

  1. bagi koi, cara terbaik menyelesaikan masalah kecurian buah sawit ni ialah dengan memperketatkan penjualannya di kilang. Setiap reset yang keluar haruslah diteliti dari mana dan kawasan mana buah sawit tersebut diambil. Jika seseorang peneroka yang mengeluarkan reset untuk jualan terlalu banyak pada suatu masa, pihak felda haruslah membuat penyiasatan adakah buah sawit yang dihantar ke kilang itu bukan buah yang dicuri. Kalau difikirkan, buah yang dicuri itu pun akan dihantar juga ke kilang sawit, jadi fikir2kan cara terbaik untuk menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  2. tq ats respon.apapun adanya timbang swasta juga menyumbang pd gejala ini,meniaga tanpa etika..buah tak ada surat beranak pun beli..asal boleh untung..tapi dengan komitmen kita segala masalah dapat dilerai dan dirungkai

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009