Sekarang ini telah menjadi semacam satu demam/fenomena di kalangan anak muda belia di dalam kawasan melibatkan diri dalam sukan lasak ini...Banyak litar tidak rasmi yang telah diwujudkan atas inisiatif anak-anak muda untuk dijadikan tempat berlatih dan mengasah bakat...
Terbaharu....hujung minggu yang lepas mereka ini telah dibawa menyertai KUALA BERA DIRTBIKE CHALLENGE 2009..Dua pelumba telah dihantar untuk mengambil bahagian...Apa yang membanggakan kedua-dua pelumba ini telah mara ke final...Namun,masalah mekanikal telah membantutkan usaha mereka untuk naik ke podium.Apa yang penting mereka ini telah menimba pengalaman baru ke arah menjadi pelumba yang baik pada masa akan datang...
Apa yang ingin dikongsi bersama adalah begitu ramai peserta muda yang mengambil bahagian dalam kategori masing-masing iaitu seawal usia 11 tahun.Sokongan dari semua pihak termasuk pemimpin setempat turut sama melancarkan kejohanan ini...
Bagi peserta yang dihantar pula adalah cukup berbakat dan apa yang penting adalah mereka perlu diberi tunjuk ajar daripada jurulatih yang berpengalaman bagi membetulkan teknik tunggangan dan cara mengawal tekanan semasa berlumba..
Sesungguhnya dalam kita memperkatakan gejala rempit yang semakin membimbangkan,diharapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini adak dapat mengurangkan sedikit gejala tersebut..Biarlah mereka ini berlumba dengan cara yang halal di samping memupuk budaya menghargai keselamatan diri dan masyarakat..
TANGANI BERSAMA GEJALA REMPIT..
program seperti ini amat baik untuk menangani gejala rempit kerana program ini lebih dekat dengan belia dan lebih disenangi untuk belia ambil bahagian. harus ditambah program2 semacam ini.
ReplyDelete