Kali ini aku ingin mengetengahkan soal pembangunan prasarana yang pada pendapat dan pemerhatianku agak tidak menepati kehendak rakyat...Infrastruktur yang dibina dan menggunakan wang kerajaan hasil cukai yang dibayar gagal memberi kepuasan kepada rakyat.
TERBAHARU....Pembinaan gerai di Jalan Keratong -Muadzam Shah berhampiran Perantau Damai..Gerai yang dibina bagi memindahkan peniaga=peniaga yang berniaga di sekitar laluan Lebuhraya Tun Razak itu dilihat amat tidak bersesuaian dari segi rekabentuknya..
Rekabentuk yang begitu ringkas ini kelihatan seperti kandang haiwan sarkis...mengundang rasa tidak puashati bukan sahaja kepada penyewa malah kebanyakan orang ramai yang ditemui..Sepatutnya biarlah bangunan itu lebih sesuai dari segi rekabentuk dan bersesuaian dengan jenis perniagaan yang ingin dijalankan oleh peniaga.Aspek keselamatan barangan yang ingin dijual juga perlu diambilkira.Dengan keadaan seperti ini dibimbangi barangan peniaga akan mudah untuk dicuri terutamanya pada waktu malam...
Pihak yang berkenaan sewajarnya memikir dengan lebih mendalam kesesuaian rekabentuk sebelum sesuatu spesipikasi prasarana itu diluluskan pembinaannya.Adalah amat malah jika sekali lagi kita terpaksa melihat GAJAH PUTIH berada di kawasan kita,Jangan dibazirkan wang membina bangunan yang manfaatnya tidak dapat dirasai secara maksima oleh rakyat..
BUKAN SEKADAR PROJEK......
salam bro, inilah kalau merancang sessuatu pembangunan bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk poket sendiri..... manusia yang mengatur projek seperti inilah yang merosakkan nama baik kerajaan UMNO-BN...... kerana kerakusan mereka kerajaan UMNO-BN dicaci......
ReplyDeletesetuju...sepatutnya diperhalusi terlebih dahulu sebelum sesuatu projek itu mahu dilaksanakan..jangan jadi bahan ketawa orang...wakil kita di peringkat daerah harus main peranan yang lebih..
ReplyDeleteaku agak lah ...dia buat macam itu kerana itu gerai bakar lemang...dia suruh bakar lemamg dalam gerai tu la...jadi asap mudah keluar....andaian saya sahaja...
ReplyDeleteyang tu bukannya gerai lemang....gerai lemang tu yang kat sebelah...
ReplyDeletentah..eapa da sapa punye idea la tu haa.mmang xbleh pakai.sian ari tu haku tengok diaorg kna tambah buat dinding sndiri la plak
ReplyDeleteProjek UMNO baik belaka.Jangan kritiklah
ReplyDeletebukan projek umno...projek kerajaan...jamgan kita terlalu beremosi dalam menegur perkara yang kita nampak tak betul...kena berkata benar walaupun pahit...
ReplyDelete