.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sebaik mendapat informasi tentang ride ke Melaka,maka perbincangan tidak rasmi pun diatur bagi memaklumkan kepada rakan-rakan bikers tentang program tersebut...Sebenarnya konvoi kali ini adalah untuk mengiringi Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM)iaitu YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz...
Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Antara pengisian program Retreat Kepimpinan MBFM tersebut adalah Bengkel Pelan Strategik MBFM bersama Dato' Dzulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Diskusi Kepimpinan bersama Dato'Sahlan,SUPOL YAB Perdana Menteri.dan Makan Malam bersama Ketua Menteri Melaka..
Apa yang diharapkan adalah melalui program ini akan dapat membuahkan halatuju yang baik demi memajukan dan memartabatkan generasi FELDA dan MBFM itu sendiri khususnya...
Sebagai generasi FELDA,sudah tentu pengharapan yang begitu tinggi disandarkan pada MBFM agar lebih proaktif dalam mendepani sebarang permasalahan yang melibatkan generasi muda FELDA dan menangkis dakyah dan tohmahan yang sekarang ini hebat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan...
Seronok juga apabila kami berkesempatan berbual ringkas dengan Presiden MBFM iaitu Saudara Anuar Manap..Semoga barisan kepimpinan beliau akan dapat memikul tugas dan amanah dengan berkesan dengan sokongan semua pihak...
BELIA PEMBELA NEGARA
Salam,
ReplyDeletebenarkah belia pembela negara,atau sekadar retorik,rasanya tepuk dada tanya selera..
Salam,
ReplyDeletebelia=anak peneroka,
apa yg belia buat dgn projek pembesaran rumah peneroka,bapa2 ibu2 anda yg meminjam,adakah pembesaran rumah dan kos pinjaman tu sepadan?..jgn asyik nak buat konvoi je,,,
orang kehadapan,kamu kebelakang,belanja rokok sebatang terus jd geng,buka minda
kita kadang-kadang banyak merungut dan menyalahkan.....kalau semuanya salah...dengan kita2 pun salah dan tak betul...kehadapan dan perbetulkan apa yang tak betul tu....sekurang2nya kita satu langkah kehadapan.....memang seronik menyalahkan orang....ini cara kami...bagaimana cara anda...jujur pada diri...
ReplyDeletejujur pada diri?..cuba huraikan..saya rasa bila disebut pembela negara ertinya kita komited dengan permasalahan sekeliling kita,bukannya membazirkan masa dengan agenda yang tah kemana...jadikan BELIA itu benar2 pembela negara..bukan pembela individu tertentu yg jadi sponsor semata2..langkah kehadapan bukan secara individu tetapi mestilah secara berpasukan,bukan setakat menjayakan yg berbentuk keduniaan sahaja
ReplyDeletebukan memihak pada sesiapa. salah tempat nak mencela, nak salahkan sini nak salahkan sana.. pilihlah saluran yg betul jika ingin bicara. begitulah budaya org kita. ketidak puasan hati dilepaskan merata-rata. tak sampai pun ke mana-mana.. duduklah semeja, berbincang sesama belia. kata sepakat di utara. baru la betul bagai dikata.. apa da... baca dan fahamkan dulu baru nak cela..
ReplyDeletesalam. belia felda kebanyakanya manja2.mcm2 peluang ada di setiap rancangan tpi xmhu direbut..masih mengharap felda klw boleh bgi rumah,bgi ladang mcm org tuanya..setiap ibubapa pun xdpt nak bgi kepuasan kpd anak2nya. sudah smpai masanya belia2 felda beri kometmen kpd urusan jkkr,koperasi.beljar mcm mana peneroka yg kebanyakan xberpelajaran dpt mentadbir ursan kampung yg pd mulanya serba kekurangan hingga lah skrangni boleh dibanggakan dan tersusun..sy tahu anak2 peneroka skrg ni banyak yg bijak2 & bnyak jga yg terpengaruh dgn dakyah2 utk menghancurkan negara. tentang pinjaman pembesaran rmh peneroka sy rasa xda lagi mana2 intitusi yg bgi pijam dgn tidak kenakan intres. felda bgi pinjam sekian ribu, xda interes, cuma byr jumlah pinjaman + wang proses @ perkhidmatan saja.pinjaman xwjib setiap peneroka.rasa ok pinjam, klw rasa felda bohong xpyah lah pinjam..
ReplyDeletesalam...setiap individu mempunyai tugas dan tanggunjawab masing2...saya dengan cara saya...sekurang2nya ada yang saya lakukan...bukan cara saya untuk melatah sana sini...bagi mereka yang rasanya lebih tau dan cerdik...sila kehadapan...jangan berselindung sebalik tanpa nama...kami tak pernah disponsor...apa yang kami lakukan atas dasar keikhlasan kami..dan itu tidak boleh dinilai oleh orang lain...apapun terimakasih atas perhatian...kalau kita sendiri melihat kita lemah...apa pula pandangan masyarakat luar...tq
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletepd pendapat saya,belia skarang ni tiada agenda yg boleh dijadikan landasan utk membela negara,apa yg pasti belia sekarang lebih terarah pada aktiviti2 sukan,hiburan,bukan tak boleh tapi seimbangkan,aktiviti keilmuan kurang diterap,kenapa aktiviti keugamaan tidak dijadikan landasan utk menyatukan masyarakat?dah terbentang dimata kaum tua saja kebanyakan yg menjejak masjid,mana anak2 mauda?takkanla hari jumaat je kot?harap fikir2kan dan bincang2kan...wassalam
tq,atas pandangan...adalah lebih afdal jika saudara ke hadapan dan dekati belia bersama..memang mudah kalau sekadar berkata3 dan menuding jari2....dekati anak muda..bukan memandang sinis...seperti yang di kata...masing2 ada cara..jangan malu jangan segan...tak rugi kalau hantar cadangan pada yang berkenaan...jangan kita kokok berdegar...taik penuh di bontot...
ReplyDeleteSalam dari gengsahabat....
ReplyDeleteTerima kasih atas keprihatinan tuan...Masalah belia ni masalah kita juga...tak kira di mana. Cuba kita tanya diri kita,adakah kita telah melakukan sesuatu selaku individu mahupun ahli masyarakat.Jangan kita gah di luar namun busuk di dalam.......buat satu langkah ke hadapan dan jangan kita padamkan langkah yang telah di bina..tq.
nampak sgt tak dapat terima pandangan,sebut tq tapi taik dibontotla,pe pe la...,rupanya ni mentaliti belia sekarang ni..sapetu mat scremler,anda kena fahamkan apa yg dikata dengan mengata,anda ni masih di tahap pemikiran tahun 1 kot:)
ReplyDeletetegur....apa yang nak di tegur....saya hanya ahli biasa...kalau rasa tak puas hati ...g joint belia...jangan hanya pandai dialam cyber....selalunya specis macam ni ada dimana2...gah diluar...didalam?jadilah sebahagian dari belia dan jangan berlagak mcm orang yang bagus je...
ReplyDelete