SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, April 11, 2010

KONVOI DISKUSI KEPIMPINAN BELIA FELDA...


Sebaik mendapat informasi tentang ride ke Melaka,maka perbincangan tidak rasmi pun diatur bagi memaklumkan kepada rakan-rakan bikers tentang program tersebut...Sebenarnya konvoi kali ini adalah untuk mengiringi Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM)iaitu YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz...

Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Antara pengisian program Retreat Kepimpinan MBFM tersebut adalah Bengkel Pelan Strategik MBFM bersama Dato' Dzulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Diskusi Kepimpinan bersama Dato'Sahlan,SUPOL YAB Perdana Menteri.dan Makan Malam bersama Ketua Menteri Melaka..

Apa yang diharapkan adalah melalui program ini akan dapat membuahkan halatuju yang baik demi memajukan dan memartabatkan generasi FELDA dan MBFM itu sendiri khususnya...
Sebagai generasi FELDA,sudah tentu pengharapan yang begitu tinggi disandarkan pada MBFM agar lebih proaktif dalam mendepani sebarang permasalahan yang melibatkan generasi muda FELDA dan menangkis dakyah dan tohmahan yang sekarang ini hebat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan...

Seronok juga apabila kami berkesempatan berbual ringkas dengan Presiden MBFM iaitu Saudara Anuar Manap..Semoga barisan kepimpinan beliau akan dapat memikul tugas dan amanah dengan berkesan dengan sokongan semua pihak...

BELIA PEMBELA NEGARA

12 comments:

  1. Salam,
    benarkah belia pembela negara,atau sekadar retorik,rasanya tepuk dada tanya selera..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    belia=anak peneroka,
    apa yg belia buat dgn projek pembesaran rumah peneroka,bapa2 ibu2 anda yg meminjam,adakah pembesaran rumah dan kos pinjaman tu sepadan?..jgn asyik nak buat konvoi je,,,
    orang kehadapan,kamu kebelakang,belanja rokok sebatang terus jd geng,buka minda

    ReplyDelete
  3. kita kadang-kadang banyak merungut dan menyalahkan.....kalau semuanya salah...dengan kita2 pun salah dan tak betul...kehadapan dan perbetulkan apa yang tak betul tu....sekurang2nya kita satu langkah kehadapan.....memang seronik menyalahkan orang....ini cara kami...bagaimana cara anda...jujur pada diri...

    ReplyDelete
  4. jujur pada diri?..cuba huraikan..saya rasa bila disebut pembela negara ertinya kita komited dengan permasalahan sekeliling kita,bukannya membazirkan masa dengan agenda yang tah kemana...jadikan BELIA itu benar2 pembela negara..bukan pembela individu tertentu yg jadi sponsor semata2..langkah kehadapan bukan secara individu tetapi mestilah secara berpasukan,bukan setakat menjayakan yg berbentuk keduniaan sahaja

    ReplyDelete
  5. bukan memihak pada sesiapa. salah tempat nak mencela, nak salahkan sini nak salahkan sana.. pilihlah saluran yg betul jika ingin bicara. begitulah budaya org kita. ketidak puasan hati dilepaskan merata-rata. tak sampai pun ke mana-mana.. duduklah semeja, berbincang sesama belia. kata sepakat di utara. baru la betul bagai dikata.. apa da... baca dan fahamkan dulu baru nak cela..

    ReplyDelete
  6. salam. belia felda kebanyakanya manja2.mcm2 peluang ada di setiap rancangan tpi xmhu direbut..masih mengharap felda klw boleh bgi rumah,bgi ladang mcm org tuanya..setiap ibubapa pun xdpt nak bgi kepuasan kpd anak2nya. sudah smpai masanya belia2 felda beri kometmen kpd urusan jkkr,koperasi.beljar mcm mana peneroka yg kebanyakan xberpelajaran dpt mentadbir ursan kampung yg pd mulanya serba kekurangan hingga lah skrangni boleh dibanggakan dan tersusun..sy tahu anak2 peneroka skrg ni banyak yg bijak2 & bnyak jga yg terpengaruh dgn dakyah2 utk menghancurkan negara. tentang pinjaman pembesaran rmh peneroka sy rasa xda lagi mana2 intitusi yg bgi pijam dgn tidak kenakan intres. felda bgi pinjam sekian ribu, xda interes, cuma byr jumlah pinjaman + wang proses @ perkhidmatan saja.pinjaman xwjib setiap peneroka.rasa ok pinjam, klw rasa felda bohong xpyah lah pinjam..

    ReplyDelete
  7. salam...setiap individu mempunyai tugas dan tanggunjawab masing2...saya dengan cara saya...sekurang2nya ada yang saya lakukan...bukan cara saya untuk melatah sana sini...bagi mereka yang rasanya lebih tau dan cerdik...sila kehadapan...jangan berselindung sebalik tanpa nama...kami tak pernah disponsor...apa yang kami lakukan atas dasar keikhlasan kami..dan itu tidak boleh dinilai oleh orang lain...apapun terimakasih atas perhatian...kalau kita sendiri melihat kita lemah...apa pula pandangan masyarakat luar...tq

    ReplyDelete
  8. salam,
    pd pendapat saya,belia skarang ni tiada agenda yg boleh dijadikan landasan utk membela negara,apa yg pasti belia sekarang lebih terarah pada aktiviti2 sukan,hiburan,bukan tak boleh tapi seimbangkan,aktiviti keilmuan kurang diterap,kenapa aktiviti keugamaan tidak dijadikan landasan utk menyatukan masyarakat?dah terbentang dimata kaum tua saja kebanyakan yg menjejak masjid,mana anak2 mauda?takkanla hari jumaat je kot?harap fikir2kan dan bincang2kan...wassalam

    ReplyDelete
  9. mat scremler....Saturday, April 17, 2010

    tq,atas pandangan...adalah lebih afdal jika saudara ke hadapan dan dekati belia bersama..memang mudah kalau sekadar berkata3 dan menuding jari2....dekati anak muda..bukan memandang sinis...seperti yang di kata...masing2 ada cara..jangan malu jangan segan...tak rugi kalau hantar cadangan pada yang berkenaan...jangan kita kokok berdegar...taik penuh di bontot...

    ReplyDelete
  10. Salam dari gengsahabat....
    Terima kasih atas keprihatinan tuan...Masalah belia ni masalah kita juga...tak kira di mana. Cuba kita tanya diri kita,adakah kita telah melakukan sesuatu selaku individu mahupun ahli masyarakat.Jangan kita gah di luar namun busuk di dalam.......buat satu langkah ke hadapan dan jangan kita padamkan langkah yang telah di bina..tq.

    ReplyDelete
  11. nampak sgt tak dapat terima pandangan,sebut tq tapi taik dibontotla,pe pe la...,rupanya ni mentaliti belia sekarang ni..sapetu mat scremler,anda kena fahamkan apa yg dikata dengan mengata,anda ni masih di tahap pemikiran tahun 1 kot:)

    ReplyDelete
  12. tegur....apa yang nak di tegur....saya hanya ahli biasa...kalau rasa tak puas hati ...g joint belia...jangan hanya pandai dialam cyber....selalunya specis macam ni ada dimana2...gah diluar...didalam?jadilah sebahagian dari belia dan jangan berlagak mcm orang yang bagus je...

    ReplyDelete

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009