SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Tuesday, March 8, 2011

SYABAS,GENG2 KERATONG...KITA MAMPU MELAKUKAN YANG TERBAIK..


Di sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau,secara tidak langsung telah dapat menunjukkan bakat,komitmen dan semangat tinggi rakan-rakan pemuda yang dibawa untuk membantu jentera pilihanraya BN di sana terutamanya di Jengka 23.

Banyak ilmu pilihanraya telah mereka dapati dan insyaallah akan digunapakai apabila balik ke kawasan terutamanya dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Tugasan penting yang berjaya dilaksanakan adalah mengawal selia sistem perhubungan walkie-talkie milik Penerangan Umno Malaysia di setiap lokasi penting,mengagih suratkahabar dan sisipan di setiap peti undi,memasang bendera dan poster dan yang paling penting menghadapi jentera dan provokasi pihak pembangkang pada hari pengundian.Apa yang menarik adalah apabila berpeluang meraikan kemenangan BN bersama YB DUN Kerdau yang baru..dan lebih manis bersama YAB Menteri Besar Pahang..

Segala pengalaman ini sudah pastinya menjadikan satu semangat baru kepada barisan pemuda ini yang akan bekerja pula dalam PRU 13 nanti.Semangat ini akan terus disemai subur demi membela agama,bangsa dan negara..

SEDIA GEMPUR..

Sunday, February 20, 2011

BERMULANYA PERSIDANGAN...ANJAKAN PARADIGMA JUGA PERLU SEIRING..


Dengan majlis perasmian berkelompok yang telah dilakukan oleh kepimpinan tertinggi diperingkat bahagian maka bermulalah persidangan yang akan dilakukan oleh cawangan-cawangan.dengan pemantauan oleh mereka yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab..Kali ini adalah persidangan biasa memandangkan pemilihan telah pun ditangguhkan..maka ia pastinya berlaku dalam suasana aman damai...

Namun,apa yang ingin diperkatakan adalah sejauh mana amanah dan tanggungjawab yang terpikul dibahu kita telah berjaya kita laksanakan..Apakah KPI kita telah disemak semula...tercapaikah?

Atau kita masih berada dalam sindrom syok sendiri?Masih mengamalkan sikap berpuak-puak dalam setiap tindakan dan langkah yang kita lakukan..masih memikirkan bahawa kita sahaja yang betul dan layak menjalankan urusan parti...meminggir rakan lain..atau cuba memperlihat bahawa kita sahajalah yang bekerja atau memperlihat diri begitu sempurna di kalangan pemimpin untuk menerima pujian dan habuan ...mungkin...

Kadangkala kita dilihat begitu bersemangat dan sibuk mengurus sesuatu yang berada di luar kawasan kita...PRK umpamanya...sanggup membelanjakan wang yang bukan sedikit..masa dan tenaga...namun apakah perkara tersebut tetap dan telah kita lakukan di kawasan sendiri..cuba kita bilangkira berapa program telah terlaksana..Atau semangat bersungguh selepas PRK ,Persidangan Agong,Konvensyen telah kita transfomasikan di kawasan?

Sikap tidak menghormati pemimpin tertentu dan hanya berkiblatkan pemimpin tertentu juga merupakan satu fenomena negatif yang harus dikikis dari terus mewarnai senario politik setempat..Kadangkala sesuatu program yang disusun cuba memperlihat siapa hebat dan meminggir pihak tertentu...untuk apakah semua ini..sehinggakan terdengar dicuping telinga semacam ada perbalahan dikalangan pemimpin yang sebenarnya tidak pun berlaku..

Bukan berhajat atau berniat untuk memburuk sesiapa,jauh sekali hasad dengki tapi atas dasar sayangkan perjuangan parti demi agama,bangsa dan negara...marilah kita melihat kembali segala tindakan yang terlihat tergelincir dari landasan..mari berpadu tenaga..bersama dalam apajua situasi bagi menjamin keutuhan perjuangan kita selama ini yang sedikit dilihat longgar dan layu tidak bersemangat...Moga kita akan kembali kukuh bersama dan bersatu dan saling bekerjasama antara satu sama lain..Walllahualam..

Wednesday, February 2, 2011

DAULAT TUANKU...RAJA BERJIWA RAKYAT..


Bumi Keratong dan DUN Bukit Ibam khususnya amat bertuah pada hari ini kerana telah dikunjungi oleh KDYMM Sultan Pahang ..melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Dewan BTAR,Balai Raya Kampung Rekoh.

Baginda telah diberi taklimat mengenai operasi banjir oleh Tuan Pegawai Daerah dan baginda juga telah mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan dan memerlukan penjelasan terperinci.

Baginda juga turut menemui mangsa-mangsa banjiruntuk bertanyakan khabar berita selain melawat kawasan penyediaan makanan.Seterusnya baginda telah berkenan melawat mangsa banjir di Kampung Rekoh dan beramah mesra dengan penduduk.

Ternyata KDYMM Sultan amat prihatin dan mengambil perhatian akan kebajikan rakyat jelata.Bagi pihak rakyat jelata,patik ingin merakan ucapan jutaan terimakasih atas kunjungan ini yang ternyata dapat meringankan bebanan kerana baginda telah bertitah supaya kebajikan rakyat mesti menjadi keutamaan oleh semua jabatan kerajaan yang berkaitan..

RAJA PAYUNG RAKYAT JELATA..

Sunday, January 30, 2011

BANJIR...ANTARA KEPAYAHAN DAN KEPRIHATINAN...

Hujan lebat di kawasan Keratong yang turun tidak berhenti-henti sejak beberapa hari telah menyebabkan kawasanyang rendah mula dinaiki air.Selalunya di kawasan kita ini menantikan keadaan banjir di Segamat terlebih dahulu..baru kawasan di sekitar Keratong akan mengalami bah..

Namun begitu segala persiapan dan perancangan menghadapi banjir telahpun disusun atur dan digerakkan.Air sungai Rekoh yang mula memasuki anak air di Kampung Rekoh telah menyebabkan kawasan tanah rendah digenangi air dan semakin meningkat dari semasa kesemasa.Penduduk yang terlibat telah mula dipindahkan kepusat pemindahan sementara yang telah ditetapkan.

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,telah berada dilokasi sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa semakin ramai keluarga telah dipindahkan.Beliau juga telah menyampaikan bantuan awal selain meninjau keperluan asas yang lain dan keadaan air sungai yang semakin meningkat.

Para mangsa ternyata begitu gembira atas keprihatinan semua pihak yang terlibat demi memastikan mereka dapat bantuan dan pemerhatian segera untuk meringankan bebenan yang ditanggung...

KESUSAHAN RAKYAT KEPRIHATINAN PEMIMPIN..

Wednesday, January 12, 2011

AL-FATEHAH..HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA..


Al-fatehah..Seorang pejuang alam siber,blogger tersohor yang lahir di kawasan Rompin dan Keratong khususnya, Allahyarham Abd Aziz Bin Shaharun telah menghembuskan nafas yang terakhir di HTAA malam tadi..Perkhabaran sedih itu telah memeranjatkan seluruh rakan pejuang yang sentiasa mengikuti hasil penulisan beliau terutama dalam menyanggah dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan dan FELDA khasnya.

Penulis dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,telah sempat menziarahi beliau di rumahnya apabila diberitahu bahawa beliau mengalami keuzuran sebelum mendapat rawatan di hospital.

Semoga roh perjuangan beliau akan sentiasa mengalir di bumi Rompin ini dan moga akan lahir lebih ramai lagi" Melukut Senja/Yang Gambi" dalam arena perjuangan melalui media baru ini..

Juga didoakan semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..Amin..

HILANGMU TIADA BERGANTI....

Friday, January 7, 2011

ZIARAH KASIH...BERTANYA KHABAR..


Kadangkala kita seakan terlupa bahawa golongan warga emas adalah merupakan insan istimewa kerana tentunya mereka ini punyai banyak pengalaman yang telah ditempuhi di sepanjang hayat mereka.

Justeru,program Ziarah Kasih oleh YB Dato'Mohd Sahfri Ab Aziz ke seluruh pelusuk DUN Bukit Ibam menemui warga emas yang berusia 80 tahun keatas ini mempunyai banyak pengajarannya..Bukan sekadar menyampaikan sumbangan tetapi apa yang penting adalah mendengar pengalaman dan sejarah hidup mereka...

Rata-rata warga emas ini walaupun ada yang telah uzur namun kelihatan gembira dan terharu dengan kunjungan rombongan ini dan mengucapkan terimakasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Terimakasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah memperuntukkan kewangan untuk disampaikan kepada warga emas tersebut dan diselia oleh Jabatan Kebajikan Daerah Rompin..Moga akan ada lebih banyak lagi program sebegini kerana dapat bertemu secara langsung dengan masyarakat yang terlibat...

YANG TUA KITA HORMATI...YANG MUDA KITA SAYANGI..

Wednesday, December 22, 2010

PELUANG PEKERJAAN...TERIMAKASIH JTK...


Memang sesuatu yang amat menggembirakan golongan muda dan pencari kerja khususnya apabila satu program penempatan pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja(JTK) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak baru-baru ini..

Majlis turut dihadiri YB Senator Dato'Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Manusia,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam dan para pegawai daripada JTK sendiri.Sebanyak 30 kaunter disediakan selain ceramah dan taklimat oleh para pegawai yang bertugas.

Dimaklumkan kira-kira 1500 peserta telah mengisi borang dan hampir 300 orang telah berjaya diambil terus bekerja selain ramai lagi yang perlu menghadiri temuduga susulan.

Rata=rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program sedemikian diadakan kerana ianya ternyata memberikan manfaat kepada golongan muda khususnya...

Cuma pada pandangan penulis,masih ramai golongan belia yang kurang prihatin dengan program seumpama ini yang ternyata boleh merubah masa hadapan dan kehidupan mereka...

KERJA MENCARI KITA..KITA PERLU USAHA..

Wednesday, November 24, 2010

PENDIDIKAN....KE ARAH MASYARAKAT BERILMU..


Sebagaimana yang diketahui umum,pendidikan adalah merupakan satu perkara asas yang begitu penting dalam melahirkan generasi berilmu dan berjaya dalam kehidupan masing-masing.Rasanya setiap daripada kita sudah pasti mengambil berat akan pencapaian akademik anak mahupun ahli keluarga masing-masing.

Kecemerlangan dalam pelajaran terutamanya dalam apa juga penilaian akan menjadi harapan dan kebanggaan samada bagi individu yang terlibat,sekolah,keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Justeru melalui program skim galakan yang diperkenal oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz telah membuahkan hasil apabila SK Kota Bahagia telah mancapai keputusan cemerlang dengan 8 calon mencapai 5A dalam UPSR yang lalu dan 100% dalam Subjek Sains..

Manakala dalam satu majlis berasingan YB Dato'Mohd Sahfri telah mengumumkan SK LKTP Keratong 4 sebagai sekolah angkatnya untuk tahun 2011 ke arah mempertingkat prestasi sekolah tersebut yang pada tahun ini berada pada tahap yang kurang memberangsangkan..

Semoga dengan program yang disusun akan dapat menambahbaik mutu pencapaian di semua sekolah di DUN Bukit Ibam ini nanti.

BUDAYAKAN CEMERLANG SEBAGAI CARA KITA...

Saturday, November 13, 2010

BANJIR...SEDIAKAN PAYUNG...PERSIAPAN AWAL...


Dengan kedatangan musim tengkujuh dipenghujung tahun seperti kebiasaannya maka perancangan,persiapan perlu diatur bagi menghadapi fenomena alam yang telah tersurat ini.

Maka satu mesyuarat persiapan banjir peringkat DUN Bukit Ibam telah diadakan di Wisma JKKR Felda Keratong 1 baru-baru ini.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Antara yang hadir ke mesyuarat ini adalah Ketua-ketua/Wakil Jabatan yang berkenaan,Tok 4,Batin-batin,serta badan-badan NGO yang lain.

Antara intipati mesyuarat adalah mengenalpasti tempat yang boleh dijadikan pusatpemindahan,prasarana yang perlu ada di setiap kawasan yang berpotersi dilanda banjir selain peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perludiambil bagi menghadapi banjir.

Semoga dengan persiapan yang telah diatursusun ini akan memudah kerja-kerja menyelaras membantu mangsa-mangsa banjir sekiranya musibah itu melanda.

AIR ITU RAHMAT..BANJIR ITU INGATAN..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009