SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Tuesday, August 18, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ROMPIN 2009…AUDITORIUM UNITEN..



Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad..16/8/2009 yang lalu di auditorium UNITEN Muadzam Shah.
Majlis penutupan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shafei Apdal…Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan LuarBandar/Wilayah Malaysia..


Dalam ucapannya beliau mengingatkan tentang budaya mengenang jasa yang semakin terhakis dikalangan masyarakat.Beliau melahirkan kebimbangannya apabila budaya mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang semakin terhakis.Ada golongan masyarakat semakin terpengaruh dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang lupa daratan dan asal usul demi mengejar kuasa dan kedudukan…

Terdahulu dalam ucapan aluan,TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis,Ketua UMNO Bahagian Rompin menyatakan hasrat dan memohon kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar/Wilayah agar diujudkan semula Lembaga Kemajuan Tanah sebagaimana DARA dahulu sebelum dibubarkan..Ini adalah bagi merancakkan pertumbuhan dan peluang ekonomi yang lebih baik untuk penduduk di Rompin khususnya.

Bagi pihak warga UMNO ROMPIN saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang sudi ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin..Sudah pasti banyak yang boleh dilakukan bagi membawa pembangunan di kawasan luarbandar seperti Rompin ini..

UMNO PEMBELA WARGA SEJAHTERA…

Monday, August 17, 2009

BOLASEPAK PERSAHABATAN…..TEAM YB KJ VS PASUKAN AJK PPU ROMPIN….


Bersempena dengan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Rompin 2009,telah diadakan perlawanan yang tersebut…Selesai sahaja sesi lawatan ke autoshow dan melancarkan RMC..kedua-dua pasukan telah bersiap untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.Perlawanan telah diadakan di padang Muadzam Shah…
Kedua-dua pasukan telah bermain dengan baik.Tak sangka YB KJ juga merupakan pemain yang berbakat dan telah menjaringkan 1 gol…Keputusan perlawanan adalah 3-3..Pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti….
Turut sama bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut adalah TYT Dato’Seri JJ…Dato’Hj Klalib,Cikgu Anuar yang merupakan Pengerusi Tetap Pemuda …
Bagi pihak Pemuda Umno Bahagian Rompin ,kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Khairy Jamaludin ..Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah sudi meluangkan masa hadir ke Bahagian Rompin mersamikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rompin2009…sesi ramah mesra bersama ahli-ahli pemuda dan ternyata semuanya amat bergembira dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan..

TERIMA KASIH DAUN KELADI…ADA MASA BERJUMPA LAGI

Sunday, August 16, 2009

LAGI BERITA MERAKYATKAN UMNO SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN 2009…


Sempena persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Rompin…maka pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat turut sama merasai bahang dan melihat sendiri bagaimana pemuda UMNO bersidang….

Antara program merakyatkan UMNO yang telah dijalankan adalah pertandingan autoshow…dimana kategori yang ditetapkan adalah pertandingan audio…kereta kompak dan terbuka…Penyertaan bagi setiap kategori ini adalah amat menggalakkan…

Selain itu YB Khairy Jamaludin juga telah melancarkan penubuhan Kelab Motor Ridan(RMC) dimana keahliannya adalah terdiri daripada pemuda-pemuda di sekitar Muadzam Shah…
Acara kemuncak pada petang itu adalah cabutan nombor bertuah dimana hadiah utamanya adalah berupa sebuah motosikal yang telah disumbangkan oleh Encik Lotfi Yusof,Ketua Cawangan UMNO Lubok Batu…….

PEMUDA UMNO PEMBELA BANGSA……

Saturday, August 15, 2009

TAHNIAH…PEMUDA ROMPIN SELESAI MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 2009..


Sekalung tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ROMPIN yang telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilannya pada Sabtu..15 Ogos 2009..
Persidangan ini telah diadakan di dewan orang ramai Muadzam Shah..Persidangan pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin..KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia..Turut hadir dalam majlis perasmian penutup ini adalah TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis,YB Dato’Maznah Mazlan.YB Kapt(B) Johari Hussin dan YH Dato Hassan Arifin.


YB.Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada YB KJ Yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini dan ianya sesungguhnya merupakansatu penghormatan yang begitu bermakna kepada PPUB ROMPIN..
Sesuai dengan slogan merakyatkan UMNO di hati masyarakat sekitar…maka persidangan pada kali ini turut mengadakan pelbagai program seperti pertandingan autoshow…pameran cubcross dan motocross dan juga pelancaran Kelab Motor Ridan(RMC)..Butiran mengenai program2 tersebut akan dipostkan dalam edisi yang akan datang…


SALAM PERJUANGAN PEMUDA ROMPIN DAN SALAM 1MALAYSIA……..

Monday, August 10, 2009

PROGRAM PENYAMPAIAN ZAKAT KUMPULAN TDK BAGI MUKIM KERATONG DI DEWAN BTAR..... DISEMPURNAKAN OLEH YAM TG MUDA PAHANG DAN CIK PUAN MUDA PAHANG.....




Antara penerima zakat dan sumbangan ini adalah orang fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,orang kurang upaya, dan mualaf. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Dato Seri JJ, dan Datin Seri, YB Dato Haji Mohd Sahfri Ab Aziz, YB Kapten (B) Johari Hussin.
Malam sebelum itu satu majlis forum perdana telah diadakan. Penduduk di sekitar Keratong dan kampung2 berhampiran telah datang beramai2 ke forum tersebut yang diadakan di padang bola Dewan Bandar Tun Abdul Razak.

Majlis Tahlil Untuk Insan Seni..


Majlis yang tersebut telah di adakan di surau RPS Bukit Serok selepas solat maghrib..Majlis ini khusus bagi mengenang jasa anak- anak seni yang telah meninggal dunia khususnya allahyarham Zul Adnan Razali(JS KEVIN)….
Majlis yang dianjurkan oleh JC Production dengan sokongan dan kerjasama YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah composer Ann Kevin yang juga merupakan adinda kepada allahyarham JS KEVIN..
Semoga semua roh allahyarham yang telah menyumbangkan khidmat bakti di persada seni Negara ini akan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah..


AL-FATIHAH……AMIN..

Wednesday, August 5, 2009

TAHNIAH…DATO’ SERI JJ JADI DUTA MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT…


Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimenku…DSJJ yang telah menerima watikah daripada DYMM Agong untuk menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat..Lebih bermakna lagi apabila jawatan tersebut adalah bertaraf menteri.

Bagi kami masyarakat Rompin ini ,khususnya di Gugusan Keratong merasakan pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan pemimpin kami oleh Perdana Menteri,YAB DS Najib..Kami amat berbangga dan percaya DSJJ akan dapat menjalankantugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen..

Bersempena dengan pelantikan itu,satu majlis kesyukuran telah diadakan di ibunegara bagi meraikan DSJJ.Ahli keluarga DSJJ juga turut hadir dalam majlis tersebut..Majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan UMNO bahagian Rompin yang melibatkan semua entity dan tetamu jemputan yang lain..
Bacaan doa selamat telah dipimpin oleh YB Kapt(B) Johari bin Hussin,ADUN Tioman.Kemudian DSJJ telah memotong kek yang telah disediakan sebagai tanda kesyukuran di atas pelantikan tersebut.

KE ARAH ROMPIN MAJU DAN MAKMUR…

PROGRAM PERSAK BERSAMA PENDUDUK SELANCAR 6…



PERSAK…..Persatuan Anak-Anak Keratong Lembah Kelang baru-baru ini telah mengadakan program khidmat masyarakat tersebut di kawasan perumahan Felda Selancar 6.Turut menjayakan program tersebut adalah PPUB Rompin dan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Ibam.
Sebelum ini beberapa pertemuan telah diadakan bagi membincangkan perancangan program tersebut bersama Persak dan penduduk …

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang program tersebut adalah gotong-royong membersihkan kawasan,merumput dan menanam pokok bunga..
Penduduk dan ahli Persak juga telah bersama-sama menyediakan jamuan kenduri kampong..Seekor lembu telah ditumbangkan dan ianya adalah sumbangan YB Dato’Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Beliau yang turut sama hadir bergotong royong melahirkan rasa gembira dengan program tersebut kerana dapat merapatkan hubungan silaturahim dan berharap banyak lagi program yang sedemikian akan dapat diatur pada masa yang akan datang.

BERSAMA MASYARAKAT MEMBINA MASYARAKAT..

Tuesday, August 4, 2009

MERAIKAN PERSANDINGAN SAUDARA BARU…ANAK TOK BATIN.


Majlis persandingan ini telah diadakan bertempat di Rumah UMNO Cawangan Bukit Ibam.Segala persiapan dan peralatan majlis telah di sumbangkan oleh Umno Cawangan Bukit Ibam,JKKK dan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Ibam..

Pasangan pengantin ini adalah puteri kepada Tok Batin Husin ,Batin Kg. Pelam.Setelah mengadakan perbincangan dan permuafakatan maka dipersetujui majlis persandingan ini akan diadakan di Bukit Ibam selaku tuan rumah..
Majlis persandingan bermula dengan perarakan bermula dari Masjid Bukit Ibam dan diiringi dengan paluan kompang dari wanita Bukit Ibam..Kedua mempelai telah disandingkan di pelamin yang dibina di luar Rumah UMNO.

YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah turut sama hadir dan memeriahkan persandingan tersebut..Turut sama hadir adalah Tuan Kadi Muadzam Shah,Dato’Haji Khalib Abdullah dan lain-lain tetamu yang telah dijemput hadir.

Tok Batin Husin yang begitu gembira dengan perkahwinan akaknya telah menyampaikan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan majlis terutamanya Tok 4 Zamri bin Budin dan Jawatankuasanya serta YB Dato’HajiMohamad Sahfri.
Semoga pasangan pengantin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN.

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG,BULAT MASYARAKAT KERANA MUAFAKAT..

Sunday, August 2, 2009

FORUM AWAM:BUAH PINGGANG ANUGERAH BERNILAI…




Program ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak..Dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Rompin dan Lembaga Pelawat Hospital Muadzam Shah..Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Hospital Muadzam Shah(HMS).

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Antara pengisian acara adalah acara senamrobik pada sebelah pagi,ceramah tentang penjagaan buah pinggang ,pameran berkaitan penyakit berjangkit(H1N1),bahaya merokok, pemeriksaan kesihatan secara percuma,pemeriksaan gigi dan sebagainya.
Orang ramai yang ditemui yang kebanyakannya warga emas menyatakan kegembiraan atas program ini kerana terdapat banyak maklumat di samping dapat melakukan pemeriksaan secara percuma..

YB.Dato’Haji Mohamad Sahfri dalam ucapannya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dalam hal-hal yang melibatkan penjagaan kesihatan terutamanya wabak yang melanda Negara sekarang iaitu wabak selsema babi.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI…

Friday, July 31, 2009

BAGAIMANA MELAHIR PEMIMPIN PELAPIS..


Kebelakanggan ini seringkali kudengar ada pemimpin pemuda di pelbagai peringkat yang seakan tidak tahu,kurang mahir,atau dalam bahasa mudahnya tidak layak untuk memegang jawatan tersebut…
Penghayatan,ilmu dan ketrampilan pemimpin muda ini jika tidak di semai,dibelai,dipupuk dengan baik akan mendatangkan kesan yang bukan sedikit ke atas parti yang kita sayangi ini..


Ada yang ingin menjadi pemimpin kerana merasakan mampu dari segi ilmu politik..ada yang diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu dan ada yang cuba mengintai peluang yang boleh digapai dengan menggunakan platform ini..
Adalah amat malang bila kulihat ada diantara pemimpin muda ini gagal,tidak dapat menyelesaikan masalah kecil yang timbul semasa memantau persidangan cawangan.Ini semua berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman…Sepatutnya mereka ini bermula dari bawah…timba ilmu dan pengalaman barulah menawarkan diri untuk menjadi pemimpin di tahap yang lebih tinggi..

Pemimpin semasa seharusnya menjadi mentor yang akan mendidik seorang protégé nya bagi diketengahkan pada masa yang akan datang setelah protégé nya itu mempunyai cukup ilmu dan pengetahuan tentang perjuangan,tatasusila dan sejarah parti yang kita sayangi ini..

Proses peremajaan kepimpinan UMNO ini berada pada tahap yang amat kritikal dan harus di tangani dengan serius dan berhemah..Jika kita tidak berjaya melahirkan pemimpin muda yang boleh menjadi ikon pemuda,adalah amat dibimbangi para pemuda kita akan beralih arah kea rah pihak lawan yang sentiasa akan menangguk di air yang keruh..
Para pemimpin muda ini harus diberi pendedahan dan perlu menguasai media baru sebagai platform mendekati golongan muda dan tidak terus berfokus pada cara lama,cara tradisional dalam berpolitik..

SEGALANYA TELAH BERUBAH…AYUH BERUBAH…

Tuesday, July 28, 2009

TEAM BOLA N40 FC MENANG BESAR……


Team bola N40 FC yang di tubuhkan khusus mewakili DUN Bukit Ibam ini semakin menunjukkan prestasi yang membanggakan.Pada Ahad yang lalu mereka telah membelasah pasukan Muadzam All Star 5-0 dalam pertandingan Liga Emas Muadzam Shah..

Penaung N40FC,YB.Dato’ Mohamad Sahfri Ab.Aziz, yang juga ADUN Bukit Ibam turut sama menyaksikan perlawanan tersebut dan menyampaikan amanat dan nasihat pada waktu rehat.
Para pemain dan juga penyokong yang ternyata gembira dengan kehadiran YB Dato’ yang baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat PPUB Rompin di bangunan Umno bahagian..

N40 FC yang para pemainnya adalah terdiri daripada pemuda di sekitar DUN Bukit Ibam ini adalah merupakan juara bagi edisi 2008.Semoga para pemain,jurulatih,pengurusan dan penyokong akan lebih giat menumpukan usaha ke arah mempertahankan kejuaraan..

Selain itu,pasukan ini juga seringkali mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain..Mana=mana pihak yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ini bolehlah menghubungi Pejabat Khidmat Masyarakat DUN BUKIT IBAM…

MAJULAH SUKAN UNTUK DUN BUKIT IBAM…

Saturday, July 25, 2009

AUDIT…..PROGRAM SEPANJANG TAHUN…



Diam tak diam sudah hampir setahun jawatankuasa UMNO Bahagian tidak mengira apa jua entiti memegang amanah yang dipertanggungjawabkan..kebanyakan daripada mereka ini pula menawarkan diri …dan menyatakan kesanggupan menjalankan tugas dan amanah tersebut..
Sebagai ahli dan pemerhati apa yang boleh kita lakukan ialah membuat checklist@senarai semak tentang program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun ini bagi menilai prestasi mereka ini…(JANGAN BIMBANG….TAK ADA MARKAH PUN)


SENARAI CHEKLIST/SENARAI SEMAK..


1.Berapa banyak program yang telah dilaksanakan mrngikut biro masing-masing.
2.Berapa banyak laporan bertulis oleh setiap biro yang boleh dibaca oleh ahli.
3.berapa banyak usul yang telah dikemukakan oleh cawangan2 telah kita ambil tindakan/dalam perhatian/selesai.
4.Berapa kali mengadakan mesyuarat AJK/Mesyuarat biro…
5.Berapa ramai pertambahan keahlian baru/daftar pemilih baru..
6.Berapa ramai ahli yang mengunjungi pejabat bahagian untuk berurusan.
7.Berapa banyak surat makluman/info yang bahagian keluarkan kepada cawangan.
8.Berapa ramai AJK yang gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab/tidak hadir bermesyuarat/dsb..

Cheklist ini bukan bertujuan untuk mencari kesalahan tapi untuk kita sama-sama berfikir adakah mereka yang telah terpilih ini benar-benar menjalankan amanah..
Teringat satu pepatah oleh seorang sahabat..”pokok tut/kawin ni kalau dalam masa 2 tahun tidak berbuah lebat/manis kita cantas/tebang dang anti dengan klon yang baru”…..
Sebagai ahli mari kita fakir=fikirkan demi melihat parti kita ini akan terus subur bertapak di hati rakyat..orang MELAYU khususnya..
DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN…

Thursday, July 23, 2009

APA DAH JADI DENGAN MAJLIS AKU NI……..

Kisah ni aku paparkan melalui pengalaman yang entah berapa kali terjadi di tempatku…MARI SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN…Kisahnya…
Adapun kampungku telah merancang satu program dan berhajat untuk menjemput VIP…Maka segala persiapan telah diatur dengan jawatankuasayangtelahdibentuk..Kanopi…jamuan..sambutan,kompang dan sebagainya..Yang lebih menggembirakan adalah telah mendapat pengesahan bahawa VIP tersebut telah dapat meluangkan masa untuk hadir..
APA TERJADI PADA MAJLIS TERSEBUT…

VIP yang hadir telah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar..Apa yang ingin aku ceritakan bukanlah kemeriahan majlis tersebut ataupun peruntukan yang diluluskan oleh VIP tersebut tapi…
Gelagat pengiring…orang-orang kanan/penting bahagian yang turut sama mengiringi kehadiran VIP tersebut…Mereka ini mengalahkan VIP..SIBUK sehinggakan aku merasakan majlis ini sudah jadi milik mereka …orang kampong yang dulunya sibuk membuat persiapan jadi terpinggir….
Sepatutnya mereka ini hanya sebagai pengiring saja..Sampai ke sesuatu majlis,serahkan VIP tersebut pada orang yang empunya majlis..Ini tidak..menyibuk duduk semeja dengan VIP tadi..Mereka ini memang mempunyai ruang dan peluang untuk bersama-sama VIP pada bila-bila masa..
Pada pandangan saya sepatutnya masa inilah sepatutnya JKuasa Kampung,Imam,belia dll yang duduk semeja dengan VIP tersebut..bagi menyuarakan permasalahan yang timbul dan dapat didengari oleh VIP terbabit..Kalau perlu ,diadakan dialog tertutup..bukannya lama…setengah jam pun cukup rasanya..
Apa yang aku utarakan ini bukan atas rasa cemburu atau irihati tapi keadaan cam ini telah menjadi barah dalam system kita yang mana harus diperbaiki.Berikan ruang dan peluang kepada orang kampong untuk bertemu secara terus dengan pemimpin…Jangan penat2 rancang dan urus program dan akhirnya pemimpin kampong dan orang kampong terpinggir..
BANYAK SUDAH RUNGUTAN YANG TELAH KUDENGAR BERKAITAN DENGAN PERKARA INI..
Mari kita ubah sikap kita..INSYAALLAH..

Sunday, July 19, 2009

UMNO DAN PENYISIHAN…KESAN DAN AKIBAT…..


Pertembungan sesama sendiri dalam pertandingan merebut jawatan peringkat cawangan,bahagian dan pusat adalah satu perkara biasa dalam kita mengamalkan apa yang dipanggil DEMOKERASI…
Menang….dapat jawatan dan jadi pemimpin..tak kira diperingkat manapun..Semoga yang menang akan menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab…

PERSOALAN YANG PATUT KITA RENUNGI BERSAMA…

Apakah yang kita lakukan terhadap mereka yang kalah dalam persaingan merebut jawatan?Secara jujurnya mengikut pemerhatian saya adalah mereka ini samada terus DISISIHKAN atau akan menyepikan diri kerana merasaakan khidmat dan bakti tidak diperlukan..
Maka,mereka ini yang sudah pasti mempunyai pengikut dan pengaruh akan secara tidak langsung menyepikan diri walaupun benyak buah fikiran san pandangan yang boleh dimanfaat oleh pihak yang menang…Maalah apa yang lebih menyedihkan mereka ini dianggap sebagai musuh dan pengacau..terutamanya diperingkat cawangan dan bahagian…

Akan ada pihak-pihak yang memang mengambil peluang dan kesempatan melobi pihak-pihak yang TERSISIH ini untuk menyertai mereka..Maka TERTUBUHLAH RANTING/CABANG PEMBANGKANG di kawasan-kawasan yang dahulunya tak terfikir oleh kita akan ada pembangkang…Pembangkang ini kalau sudah bertapak……SUSAH DAN PAYAH BAGI kita untuk menanganinya

Inilah yang terjadi sekiranya kita tidak merepatkan saf dan berisan secara serius dan berkesan tentang langkah dan tindakan setiap kali berlangsungnya PEMILIHAN PARTI..Jangan kita mabuk dan leka dengan kemenangan tanpa memikir dan tindakan kearah merapat kembali persefahaman dan bersahabatan..JANGAN MENANG JADI BARA KALAH JADI ABU..BURUK PADAHNYA…
Sepatutnya mereka ini kita jadikan “THINK TANK” yang berfungsi sebagai pencetus idea..ataupun pemantau sebagai”CHECK N BALANCE” dalam setiap tindakan dan program yang dijalankan..
Kalau di peringkat nasional telah di adakan MY IDEAS.COM..untuk menyalur segala idea rakyat maka di peringkat cawangan dan bahagian tidak kira sayap mana pun MESTI mengadakan Pasukan THINK TANK ini demi memastikan segala idea dan pandangan dapat disalurkan dengan cara yang berkesan..

Berbalik pada penyisihan dalam parti……Kita tidak mahu dan tidak mampu untuk melihat apa yang berlaku dalam parti MCA berlaku dalam parti UMNO yang kita sayangi ini…Jangan SESEKALI berkata kemasukan bekas pemimpin ke parti pembangkang tak akan memberi kesan kepada kita kerana kita tidak tahu berapa ramai pengikut mereka ini….yang nyatanya mereka ini punyai pengikut dan pengaruh yang tidak KECIL…
Akhir kata…marilah kita sama-sama benar-benar merapatkan saf dan barisan…Jangan disisihkan mereka yang telah kalah…jika kita tidak ingin lihat musibah besar melanda kesan daripada PENYISIHAN ini.

KEJAYAAN BUKAN SATU WARISAN..KEGAGALAN BUKAN SATU TRADISI…

Thursday, July 16, 2009

D'MEN3 ORANG ASLI JUGA BERBAKAT BESAR


D’MEN 3…itulah nama kumpulan band yang dianggotai oleh belia-belia dari masyarakat orang asli.Kumpulan yang berasal dari RPS Bukit Serok,berhampiran Keratong ini telah mulai di kenali ramai kerana seringkali mendapat jemputan bermain terutamanya di sekitar Rompin malah selalu juga mendapat undangan untuk membuat persembahan dalam majlis anjuran agensi kerajaan dan swasta..

Yang lebih menarik,kumpulan ini menjalankan latihan di studio milik pengurus kumpulan iaitu Saudara Chek Long Bin Ah Kow yang juga dari kalangan orang asli..Menurutnya pencapaian terbaik kumpulan ini adalah apabila berjaya memasuki peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Asyik FM yang telah diadakan setahun yang lalu..
Kumpulan ini yang sekarang sedang giat berlatih dan membuat persiapan untuk membuat rakaman album di bawah bimbingan composer Ann Kevin…


Adalah diharapkan kumpulan ini akan terus maju dan salam...agak terperanjat....terbalik nama kita....apapun tq sbb request...unik...mengharumkan nama RPS Bukit Serok dan masyarakat orang asli secara keseluruhannya…SELAMAT BERJAYA DARI GENGSAHABAT..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009